24/08/09

ANEKDOT 123...MATI

(ke sini jua akhirnya)

Sempena bulan puasa ini, saya telah menerima beberapa emel daripada sahabat sebagai peringatan kepada saya. Izinkan saya berkongsi dengan anda walaupun anda pernah membacanya.

TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL

1. Tanda 100 hari

Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini hanya mereka menyedari atau tidak...
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh iaitu daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih - jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.


Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sebarang manfaat...

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arasy Allah swt, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ...

Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika...


Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untukmencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya...

3. Tanda 7 hari

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan - orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...

4. Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti...

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi...


Telinganya akan layu, bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam...
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan..."


5. Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah asar, kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun. Ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya....

6. Tanda akhir

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum...
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...


Nota hujung :SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK
Sumber: Emel daripada sahabat


4 ulasan:

KTS berkata...

susah gak nak kenal pasti tanda2 nak mati ni...

sbb kita selalunya kurang peka dgn tubuh bdn...

MATI ITU PASTI...

tapi den rasa belum bersedia... huhuhuhu...

ckLah @xiiinam berkata...

...tapi kadang-kadang, kita tak sedar akan tanda-tanda itu. Orang dah meninggal, baru kita terimbas kembali.

...nenek ckLah dulu solat subuh bersama ckLah. Lepas berdoa dan bersalam dia sujud. ckLah tinggalkan dia. Pukul 9 pagi tengok dia masih sujud. Biarkan saja. Sebab dia sering solat Dhuha.

Pukul 11 tengok masih macam tu....

Rupanya-rupanya...

Innalillahiwainnailaihi rojiun....

..mungkin dia dah tak ada sejak subuh Khamis bulan Ramadhan itu,kami tak sedar langsung.

Cara kita nanti...entah bagaimanalah pula...

MUNSYI ragbar berkata...

kts...

jgn bimbang dengan tanda2 tu. Bukan kita yang perasan tp orang lain...

kts... jangan pergi dulu - sunyilah den nanti!!!

isk!isk!isk!

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...

Syahdunya cara pemergiannya- di atas sejadah ketika solat. Alhamdulliah!

Terasa kecil diri sendiri. Dah cukupkah bekal yang nak dibawa nanti.

Semoga Ramadhan ini, membuka pintu amal dan taubat untuk diri saya juga yang lain. Amin!