15/07/12

ANEKDOT 219: MENANTU MAK

 Terdengar perbualan antara seorang bujang terlajak dengan pekerja baharu di kantin pejabat.

(antara dialog mereka)

A: Berkenan saya tengok awak ni. Memang sesuai kalau dijadikan menantu...

B: Aik, dah ada anak besar ke... nak jadikan saya menantu?

A: Alah, bukan menantu saya. Menantu mak saya. Sudi?

B: ???!!!### (kebingungan - tak faham)








Nota hujung: Boleh pinjam ayat ni!!!
Sumber: ....

28/06/12

ANEKDOT 218: DALAM DILEMA, MAAA!!!

Kalau bertanya kepada fotografer yang liat nak pilih isteri,
 inilah jawapan daripada mereka.

A.L.A.S.A.N.
( daripada Wall Sdr Zikri Zain -PJKuantan)




Nota hujung: Hmmm...kutakmengerti!
Sumber: FB PJK

ANEKDOT 217 : TERLEBIH SUDAH..."AA"

Mungkin terlebih huruf "A" dan tidak tahu mana nak letak agaknya. 
Mungkin juga terlebih tekan kursor komputer tu, maka jadi banyaklah terlebihnya.
Mungkin juga petugas yang menyemak papan tanda ini tak perasaan sebab mata dia ada "double vision".

Apa-apapun... sempat juga saya pergi menegur kesilapan 
di tempat itu.
(bukan nak tunjuk pandai, tapi malu sebab salah eja perkataan yang mudah)



Nota hujung: Jom kembali ke sekolah!
Sumber: Jalan-jalan santai

16/06/12

ANEKDOT 216: BAHASA TEGANU DALAM TULISAN

(Cuba baca dalam bahasa baku)

Beberapa hari lepas saya singgah ke Kuala Kemaman.

Sewaktu nak ke bilik air, terpandang papan tanda ini.
Terbantut niat nak melegakan diri di situ.

Kasarnya bahasa ni. Gulp!!!

Nota hujung: Kamu buang air dalam tandas, orang lain yang cuci. Kamu ada akal, ada otak. Otak akal kamu binatang
Sumber: Snap sewaktu jalan-jalan.

ANEKDOT 215: BAHASA TANDA

Papan tanda biasanya menggunakan simbol atau lambang yang mudah difahami. 
Namun tidak semua orang yang pandai mentafsir bahasa tanda ini.


 (Lihat sajalah foto di atas.)


Tak faham bahasa ke atau memang jenis degil ni?


Nota hujung: Inilah jadinya apabila otak letak di kaki ketika memandu.
Sumber: Koleksi gambar devianku.

12/01/12

ANEKDOT 214: HARAPKAN PEGAR...MAKAN PADI



Sudah lama juga tidak menulis tentang bahasa Melayu.
Sememangnya, blog ini blog bahasa. Jadi kembali semula ke asalnya.

Sudah lama saya mencari penjelasan tentang peribahasa ini. Bunyinya agak pelik.
Malahan sifatnya juga mengelirukan.

"Harapkan pagar, pagar makan padi"
(Bagaimana pagar boleh makan padi?)

Ruangan "Mewah Bahasa" kelolaan Prof. Madya Dr Nor Hisham Osman
dalam Berita Harian hari semalam (11/1/12) menjelaskan tentang silap faham
penggunaan peribahasa ini.

Lama benar kita mengamalkan peribahasa yang salah walaupun maksudnya benar.


Peribahasa yang yang sebenarnya ialah...

"Harapkan pegar, pegar makan padi".

Pegar
ialah sejenis burung yang menyerupai ayam.

Silalah klik pada gambar tu untuk mendapatkan penjelasannya.

(klik untuk penjelasan)





Nota hujung: Ingat lagi "Melepaskan batok di tangga?"
Sumber: BH bertarikh 11/1/12

11/01/12

ANEKDOT 213: MODEL-MODELAN




Cuti panjang dah lama berlalu. Kesibukan dah bermula.
Tambah-tambah lagi pada awal tahun begini.
Banyak perkara yang dirancang perlu mula dilaksanakan.

Tahun ini, saya buka kelab baru di tempat saya bertugas.

Di sini ramai pelajar yang suka mengusung kamera kompak.
(walaupun menyalahi peraturan sekolah)

Apa tidaknya
- ramai benar yang sanggup jadi modelnya.

Lebih baik juruskan budak-budak ni secara terancang dan secara rasmi.
Mereka ini juga dapat membantu dokumentasi sekolah nanti.

Jom sertai

KELAB FOTOGRAFI



Sebelum tu tengok gambar model ini dulu.
Antara modelnya ialah seorang guru.

(Hebatkan guruku sekarang?)

(Siapa bilang gadis Melayu tak menarik...)


(Baru je tamat sekolah)

(Melihat ke dalam matanya...)

(Jelingan marah?)

akan tetapi, kalau nak jadi model macam ni, kena tunggu setelah tamat sekolah
Sabar dulu anak didikku!




Nota hujung: Tak boleh selalu "tembak" model...
Sumber: Koleksi fotoku

31/12/11

ANEKDOT 212: TAHUN BERTUKAR GANTI, USIA SEMAKIN PENDEK... AKU?

Hari ini merupakan hari terakhir mengikut kalendar masihi.
Malam ini tepat jam 12.00 kita sama-sama menyambut tahun baru.


Aku tak tahu nak kata apa.
Sepanjang tahun aku rasa aku bersikap individualistik.

Ego

Tak mahu mendengar cakap orang.
Samalah seperti kata-kata di bawah ini.

(Mr Google kirim tadi)

Walau bagaimanapun aku... (maaf!!!)... saya mengucapkan

"Selamat Menyambut Tahun Baru 2012"

Semoga usia yang semakin sedikit bakinya
dimanfaatkan untuk dekat pada-Nya.


(Mr Google juga yang bagi ni)



Nota hujung: Malas dah nak berazam... sebab selalu mendapat perkara yang diinginkan.
Sumber: Kopi O Roti Bakar

ANEKDOT 211: MELANGGAR KEBIASAAN

Satu pagi minggu setelah selesai solat terlihat suasana pagi yang amat cantik.
Teringat peristiwa semalam...

"Let's break the rule"

Apa kata sesekali kita melanggar aturan - lihat apa yang akan berlaku - tanggung akibatnya.


ADA BERANI?



Setelah siap aku terus menuju ke destinasi kebiasaanku -

P A N T A I

bersama-sama beg kamera yang lengkap dengan gajetnya.

Kebiasaannya, gambar mentari naik berwarna kebiru-biruan...

tetapi kali ini aku menukarnya dengan warna kuning keemasan!!!

Inilah hasil daripada foto silhoutte yang telah bertukar warna hasil penukaran WB Kelvin.

Tak mengapalah kalau tak suka. Aku tanggung sendiri!


Align Center
(berjalan-jalan di pantai)

(Heheheheh... siapa yang langgar aturan ni?)


Nota hujung: Ada yang pelik ke?
Sumber: Koleksi fotoku.

28/12/11

ANEKDOT 210: NIKON GET-TOGETHER IN KUANTAN

Cuti dah sampai ke penghujung.
Sewaktu mengimbas kembali cuti yang berlalu,
baru terperasan banyak aktiviti harian dipenuhi dengan fotografi.

Semacam dah terlupa aktiviti kebahasaan.

Ini sebahagian penglibatan aku dalam fotografi.

NIKON GET TOGETHER


(Sebahagian ahli NIKON CLUB yang hadir di Kuantan)

(Sesi taklimat oleh wakil Nikon)


(bayang-bayang reflektif)


(Dua daripada empat model bertubuh sasa- mengisi slot fotografi)


(I AM YELLOW - NIKON)


Nota hujung: Jadilah ahli Nikon...
Sumber: Nikon Club - Kuantan (Terima kasih Dr Ali)