20/11/08

ANEKDOT 22...


PERKATAAN BERLAWAN

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!

Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.


(dipetik daripada Gelihati)

6/11/08

ANEKDOT 21...


PILIH JAWAPAN


Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.


Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?"
Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM
KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN LIMA – tentukan masa hadapan anda sendiri dengan usaha anda sendiri.

4/11/08

ANEKDOT 20...

UNGKAPAN CINTA YANG DITERBALIKKAN…

Uda : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.
Dara: Adakah kau rela jika aku pergi?
Uda: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu.
Dara: Adakah kau mencintai aku?
Uda: Tentu! Selamanya akan tetap begitu.
Dara: Adakah kau pernah berlaku curang?
Uda: Tidak! Aku tidak akan sesekali melakukan hal seburuk itu.
Dara: Mahukah kau menciumku?
Uda: Ya…!
Dara: Sayang… Sesudah lima tahun nikah…

# Sila baca dari bawah ke atas.

(sumbangan seorang pencinta wanita)

ANEKDOT 19...

Se = satu?
Suatu ketika dahulu, seorang menteri berbangsa India telah menerajui Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia. Satu sikap terpuji beliau adalah bertutur dalam bahasa Melayu apabila berdebat di parlimen dan juga ketika mengadakan sidang akhbar. Satu hari ketika sidang parlimen terjadilah dialog seperti ini:

Ketua Pembangkang: Saya mendapat aduan, Kementerian YB sangat lembab dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh, Pos Laju. Sepatutnya barangan yang dihantar melalui poslaju mesti sampai dengan kadar segera - sekurang-kurangnya pada keesokan harinya. Apa tindakan YB?

YB: Ini satu fitnah! Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan ketua pembangkang . Ini satu tuduhan yang sengaja diada-adakan. Sebenarnya kalau hantar hari ini, semalam sudah sampai. YB boleh cuba.

*Se maksudnya satu (ikut fahaman YB Menteri)

ANEKDOT 18...

LOGHAT MANA YANG BETUL NI...?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah.

Bahasa Melayu standard: "Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (Kedah): "Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (Kelate): "Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang
betullah.

(Sumber: Cerita orang Kelantan)

3/11/08

ANEKDOT 17...


TIJAH O TIJAH...

(foto hanyalah penyeri ruang - tiada kena mengena)

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur . Biasalah apabila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dengan lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.Punyalah berlagak si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dengan wanita lain yang lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dengan lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...************ ********* ********* ********* ********

Mike....
I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.

Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land. My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle.

I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..Tijah

*kalau rajin terjemahkan ke BM .
**MORALNYA: belajarlah berbahasa dengan betul dan baik.

(dicuplik daripada cerita-cerita kelakarsiot)