12/01/12

ANEKDOT 214: HARAPKAN PEGAR...MAKAN PADI



Sudah lama juga tidak menulis tentang bahasa Melayu.
Sememangnya, blog ini blog bahasa. Jadi kembali semula ke asalnya.

Sudah lama saya mencari penjelasan tentang peribahasa ini. Bunyinya agak pelik.
Malahan sifatnya juga mengelirukan.

"Harapkan pagar, pagar makan padi"
(Bagaimana pagar boleh makan padi?)

Ruangan "Mewah Bahasa" kelolaan Prof. Madya Dr Nor Hisham Osman
dalam Berita Harian hari semalam (11/1/12) menjelaskan tentang silap faham
penggunaan peribahasa ini.

Lama benar kita mengamalkan peribahasa yang salah walaupun maksudnya benar.


Peribahasa yang yang sebenarnya ialah...

"Harapkan pegar, pegar makan padi".

Pegar
ialah sejenis burung yang menyerupai ayam.

Silalah klik pada gambar tu untuk mendapatkan penjelasannya.

(klik untuk penjelasan)





Nota hujung: Ingat lagi "Melepaskan batok di tangga?"
Sumber: BH bertarikh 11/1/12

11/01/12

ANEKDOT 213: MODEL-MODELAN




Cuti panjang dah lama berlalu. Kesibukan dah bermula.
Tambah-tambah lagi pada awal tahun begini.
Banyak perkara yang dirancang perlu mula dilaksanakan.

Tahun ini, saya buka kelab baru di tempat saya bertugas.

Di sini ramai pelajar yang suka mengusung kamera kompak.
(walaupun menyalahi peraturan sekolah)

Apa tidaknya
- ramai benar yang sanggup jadi modelnya.

Lebih baik juruskan budak-budak ni secara terancang dan secara rasmi.
Mereka ini juga dapat membantu dokumentasi sekolah nanti.

Jom sertai

KELAB FOTOGRAFI



Sebelum tu tengok gambar model ini dulu.
Antara modelnya ialah seorang guru.

(Hebatkan guruku sekarang?)

(Siapa bilang gadis Melayu tak menarik...)


(Baru je tamat sekolah)

(Melihat ke dalam matanya...)

(Jelingan marah?)

akan tetapi, kalau nak jadi model macam ni, kena tunggu setelah tamat sekolah
Sabar dulu anak didikku!




Nota hujung: Tak boleh selalu "tembak" model...
Sumber: Koleksi fotoku

31/12/11

ANEKDOT 212: TAHUN BERTUKAR GANTI, USIA SEMAKIN PENDEK... AKU?

Hari ini merupakan hari terakhir mengikut kalendar masihi.
Malam ini tepat jam 12.00 kita sama-sama menyambut tahun baru.


Aku tak tahu nak kata apa.
Sepanjang tahun aku rasa aku bersikap individualistik.

Ego

Tak mahu mendengar cakap orang.
Samalah seperti kata-kata di bawah ini.

(Mr Google kirim tadi)

Walau bagaimanapun aku... (maaf!!!)... saya mengucapkan

"Selamat Menyambut Tahun Baru 2012"

Semoga usia yang semakin sedikit bakinya
dimanfaatkan untuk dekat pada-Nya.


(Mr Google juga yang bagi ni)



Nota hujung: Malas dah nak berazam... sebab selalu mendapat perkara yang diinginkan.
Sumber: Kopi O Roti Bakar

ANEKDOT 211: MELANGGAR KEBIASAAN

Satu pagi minggu setelah selesai solat terlihat suasana pagi yang amat cantik.
Teringat peristiwa semalam...

"Let's break the rule"

Apa kata sesekali kita melanggar aturan - lihat apa yang akan berlaku - tanggung akibatnya.


ADA BERANI?



Setelah siap aku terus menuju ke destinasi kebiasaanku -

P A N T A I

bersama-sama beg kamera yang lengkap dengan gajetnya.

Kebiasaannya, gambar mentari naik berwarna kebiru-biruan...

tetapi kali ini aku menukarnya dengan warna kuning keemasan!!!

Inilah hasil daripada foto silhoutte yang telah bertukar warna hasil penukaran WB Kelvin.

Tak mengapalah kalau tak suka. Aku tanggung sendiri!


Align Center
(berjalan-jalan di pantai)

(Heheheheh... siapa yang langgar aturan ni?)


Nota hujung: Ada yang pelik ke?
Sumber: Koleksi fotoku.

28/12/11

ANEKDOT 210: NIKON GET-TOGETHER IN KUANTAN

Cuti dah sampai ke penghujung.
Sewaktu mengimbas kembali cuti yang berlalu,
baru terperasan banyak aktiviti harian dipenuhi dengan fotografi.

Semacam dah terlupa aktiviti kebahasaan.

Ini sebahagian penglibatan aku dalam fotografi.

NIKON GET TOGETHER


(Sebahagian ahli NIKON CLUB yang hadir di Kuantan)

(Sesi taklimat oleh wakil Nikon)


(bayang-bayang reflektif)


(Dua daripada empat model bertubuh sasa- mengisi slot fotografi)


(I AM YELLOW - NIKON)


Nota hujung: Jadilah ahli Nikon...
Sumber: Nikon Club - Kuantan (Terima kasih Dr Ali)

27/12/11

ANEKDOT 209: APABILA YANG RASA PANDAI...MENEGUR.


Kelmarin secara kebetulan menonton program realiti "VOKAL - Bukan Sekadar Rupa".
Semua dah tahu pemenangnya, kan? Tahniah kepada Sang Juara.!!!

Yang melucukan apabila Sang Juri yang berlagak "Serba Pandai dan Hebat" menegur pengacara.

Sang Pengacara:
"Mereka berdua akan menyanyikan sebuah lagu yang sama...

Lagunya " Laksamana Raja di Laut!"

(ketika mengumumkan nama lagu)

Sang Juri:
Kau ni Laksamana... Laksamana...Laksamana..!
Bukan Laksamana lah...Laksmana...Laksmana.

(ketika membetulkan sebutan Laksamana)

Aik, sudah tukar kah?
(kenapalah Sang Juri nak menegur hal yang sudah betul tapi merosakkannya pula.)



(Salah seorang juri yang hebat?)



Nota hujung: Hati-hati apabila menegur.

Sumber: Tontonan Malam Akhir Vokal
Gambar diambil daripada laman "Vokal...Bukan Sekadar Rupa"

ANEKDOT 208: TERAPI MINDA


( ke mana halatuju ni?)


Cuti masih berbaki tapi kerja masih bertimbun.
Kalau macam ni kena pergi terapi - menenangkan minda.

Jom jadi perakam gambar!

Dah lama guna teknik ni... tapi tak berkongsi dengan orang lain.

Rilekskan minda dan tajamkan mata.

(Foto-foto ini dirakam pagi semalam berhampiran dengan rumah)


(merindui Ombak-Mu)


Nota hujung: Ada yang terabai kerana terapi ini?
Sumber: Hari-hari sehariku

21/12/11

ANEKDOT 207: WAKTU SENGGANG MALAM HARI



(Aku tak pernah menulis tentang obsesiku yang lain dalam blog anekdot ni.
-tapi kali ini aku nak berkongsi sedikit aktiviti waktu lapangku -
sudilah membacanya)




Malam tadi ikut serta dalam "Outing Mega KLP".
Sudah beberapa hari asyik hujan - jari-jemari dah semakin kaku -
sebab lama tak menembak

(Ahli di bawah naungan PJK i.e. Persatuan Jurufoto Kuantan)

Malam tadi dapat melukis dan menembak
guna DSLR dan LED light.
(Baru terasa lembut jari-jemariku)

(Inilah sebahagian hasilnya)



Nota hujung: "Don't just take photo... create them!" kata jurufoto
Sumber: Aktiviti Waktu Senggangku

16/12/11

ANEKDOT 206: TROLI FAHAM BAHASA


Sekarang dah sampai ke penghujung tahun.
Musim pusat beli belah mengosongkan premis mereka tiba lagi.
Bonus hujung tahun pun dah mengisi kantung ...

Jom pergi "shopping!!!"

Aku tertarik dengan notis yang terpampang di sebuah butik -
rupa-rupanya bukan sahaja rakyat Malaysia malah troli pun faham bahasa
dan akur dengan arahan.


(troli pasti akur apabila membaca arahan ini)

Di satu tempat pula aku tidak dibenarkan masuk.
Wah,ini sesuatu yang menarik.
Ada pusat beli belah yang melarang pelanggan memeriahkan jualan.!!!


(Sila tunggu di sini sekejap)

Sebenarnya ini hanya larangan sementara - apabila berlaku kesesakan yang terlampau,
pihak penjual meletakkan label ini (dengan kawalan JPAM) di pintu masuk.




Nota hujung: ??????
Sumber: Koleksi sendiri