13/01/09

ANEKDOT 36...

KEDAH KAHWIN KELANTAN

Sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin tinggal di kawasan perumahan yang aman damai. Si suami orang Kedah dan isterinya orang Kelantan.. Suatu hari pada waktu petang ketika si isteri sedang sibuk membasuh pinggan dan terlihat seekor lipan dan menjerit…

" ABE...LIPE…!!!(LIPAN)!!!

"Si suami yang sedang sibuk baca akhbar terkejut dan memberitahu isterinya…

" HAAA...KATOK LAA...!!" (KETUKLAA)

Si isteri yang menyangkakan KATOK ( KATAK ) berkata lagi..

" BUKE KATOK LA...LIPE...!

"Suami pulak menjawab..." KATOK LAA"...sampai krem mulut dorang bertekak.


Sumbangan: Jue


MEE SATU TAN

Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan....Tam & Ah Long singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang maka terjadilah perbualan ini:-

PELAYAN : Minuman apa encik?

TAM : Bagi saya milo ais satu.

AH LONG : Kasi saya itu sirap limau...

PELAYAN : Ok...makan… encik?

TAM : Saya nak nasi goreng satu...telur mata kerbau satu…

AH LONG : Kasi saya itu "WANTAN MEE!"

Maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang semula lalu berkata:

PELAYAN : Minta maaflah encik, tukang masak saya suruh beritahu yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam . Kalau encik nak mata kerbau tak ada, sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu...Lagi satu, kalau encik nak makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak cukup la cik...

TAM & AH LONG : ???


Sumber: Lawak yang tak lawak


Nota hujung: Menariknya bahasaku