26/01/09

ANEKDOT 38


KENAPA SAYA LETIH?


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang ini aku tahu kenapa semua ini berlaku (the real reason) : Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan perkara ini adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta daripadanya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang. Daripada 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Daripada 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak berapa nak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal mereka ni nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja... .

Daripada jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak ada kerja – suri rumah, pekerja yang kena VSS, orang-orang tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja... .

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... dan 2 orang itu ialah engkau dan aku...

Daripada dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca emel, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia ni... mana aku tak letih!! Jadi sedarlah sikit... . dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh saya buat jugak.

Nota hujung: Ini bukan anekdot bahasa...sebagai penyendal ruang je! Kiriman emel.