3/03/09

ANEKDOT 52...

KELIRU...KELIRU...KELIRU...

Tahukah anda banyak berlaku salah faham dalam sosio-budaya orang Melayu. Ada ketikanya kita hanya menjadi Pak Turut tanpa memahami asal usul sesuatu perkara: Sebagai contoh:

1. Orang Melayu dikatakan berkulit sawo matang:
Sawo bermaksud buah ciku. Matang pula bermaksud telah cukup masak. Perbandingannya, kulit orang Melayu disamakan dengan warna buah ciku yang telah masak. Kenapa?

2. Kisah percintaan klasik antara Laila dan Majnun.
Laila tidak pernah bercinta dengan Majnun tetapi dengan Qais. Dalam bahasa Arab, majnun bermaksud gila. Kisah itu sebenarnya tentang Laila yang Gila akibat cinta yang tak kesampaian.

3. Pantun dalam lagu Joget Pahang
Dari Melaka ke negeri Pahang,
Singgah di Johor beli berangan;
Hambalah ini daganglah merantau,
Apa yang kurang dicaci jangan.

Sebenarnya bukan Singgah di Johor beli berangan, tetapi Singgah di Johol beli berangan. Johol berada di sempadan antara Pahang dan Melaka. Kurang logik sekiranya orang Melaka melalui Johor untuk pergi ke Pahang sedangkan Johol lebih dekat.

4. Peribahasa "melepaskan batuk di tangga."
Logikkah anda ke rumah orang dengan batuk-batuk? Bukankah batuk ini penyakit? Budaya Melayu melarang kita ke rumah orang dalam keadaan tidak sihat.
Peribahasa sebenarnya ialah "melepaskan batok ditangga." Batok ialah penceduk air yang diperbuat daripada tempurung, diletakkan di tepi tangga di dalam tempayan air untuk membasuh kaki. Batok dicampakkan sahaja ke dalam tempayan selepas digunakan. Inilah b udaya Melayu...
(lihat gambar di bawah)


(batok dan tempayan bekas air)



PERIBAHASA HAIWAN



Nota hujung: Rajin-rajinlah buat kajian sosio-linguistik Melayu.

Sumber: Sembang-sembang dengan munsyi