19/04/09

ANEKDOT 77...


AMALAN BERBAHASA - PANGGILAN KELUARGA


Memesrai orang yang tidak dikenali adalah biadap, biarpun untuk tujuan hormat.

1. Pelayan dengan wanita (40-an)

Pelayan : Mak Cik nak makan apa?
Wanita : Siapa Mak Cik?

Pelayan : Oh, kakak!
Wanita : Saya bukan Mak Cik kamu, saya bukan kakak kamu, saya bukan nenek kamu. Saya pelanggan kamu. Hormatlah pada pelanggan kamu!

Pelayan: Bila saya tak hormat? Saya dah panggil Mak Cik! Nak panggil apa? Kita pun ada budi bahasa.


Nota hujung: Pelanggan mahu dihormati bukan dimesrai.

2. Penjaga kereta

Penjaga kereta : Abang boleh hantaq sana.
Pemandu : Encik bercakap dengan siapa?

Penjaga kereta: Dengan abanglah.
Pemandu : Saya bukan abang encik, panggillah saya encik sahaja.

Penjaga kereta : Orang kereta lagi besaq tak pernah kata apa pun...


Nota hujung: Hormati orang lain melalui panggilan yang tepat.
Sumber : Falsafah Bahasa

3 ulasan:

dcrysz berkata...

Org berbudi kita berbahasa...
Org memberi kita merasa.....

bahasa menunjukkan bangsa...
tapi bangsa yang selalu lupa...

Tanpa Nama berkata...

berbudi bahasa selalu

putri berkata...

habis tu nak pggl WANITA tu apa cikgu ?