28/04/09

ANEKDOT 83...


Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. ZALITUUN
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HAFFAF
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm tempat yang ada minuman keras).

5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour dll.

6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



...dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!
(SCROLL DI BAWAH)..

...tambahan


10. ISETAN
Sebuah pasar raya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing .....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupa yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak-agak sikit, jangan sampai berlebih-leihan pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. HINDUSETAN
Ini mereka yang menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kepala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. SANTAN
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak cuma kalu lebih dapat penyakit....


Nota hujung : FIKIR-fIKIRKANLAH YE
Sumber: Emel Kelakar...

2 ulasan:

dcrysz berkata...

betulla....kenkadang x perasan yg 3dr blkg tu...yer dak???

ehhehehehe

MUNSYI ragbar berkata...

lps ni ten2 perasan kan?jom g Isetan