9/05/09

ANEKDOT 84...

(Peramahnya...pekedai ni)
TRAVELOG UTARA

DIALOG DI KEDAI KAIN

Pemilik kedai : Belilah kain tudung ni, bang. Cantik.
Aku : Saya kan lelaki - tak pakai tudung.

Pemilik kedai : Belilah untuk kak, mak, anak-anak…
Aku : Terima kasih je lah. Saya takda kakak. Mak pun dah tak da, saja nak tengok2.

Pemilik kedai : Ooh, tak dak kak lagi…belum kahwin …? Saya dah anak dua.
Aku : ???? (kak = isteri ke?)

DIALOG DI TEPI GERAI TEPI JALAN

PERISTIWA SATU

A : Nak makan apa, bang?
B : Bagi saya rojak satu. Terima kasih.

Selang beberapa minit.

B : Saya minta rojak. Ni colek buah.
A : Betullah bang. Inilah rojak buah.

B : Bukan, saya nak rojak – yang ada mi, kentang, cucur, kuah kacang…
A : Itu pasembor!!!

PERISTIWA DUA

A : Berapa harga sebiji kuih ni?
B : Sebiji - dua kupang lima dit. 4 biji singgit
A : Ooh, dua puluh lima sen, ya?


Nota hujung: Banyak lagi peristiwa lucu – air kopi tersebut ayak kupak – gara-gara nak mengajuk orang utara tp tak menjadi.

2 ulasan:

Nur Amelia Safuraa berkata...

haha itulah utara . saya duduk ipoh ni merasa lah pelik nya bahasa org2 sini .

MUNSYI ragbar berkata...

Amy...
nanti ckp bh utara dengan saya.