20/06/09

ANEKDOT 105...PUISI DAN LAGU PUISI

APABILA PUISI DILAGUKAN...

Menarik apabila puisi dilagukan. Apatah lagi disampaikan oleh bakat-bakat muda yang di asuh oleh para guru sastera dan guru muzik.
Semua peserta menunjukkan persembahan yang amat baik walaupun ada beberapa peserta yang tidak dapat membezakan antara puisi (sajak) yang dilagukan dan senikata lagu.



Antara peserta yang menyampaikan persembahan


jemaah hakim - dan guru pengiring

ISTANA KEMERDEKAAN

Asas istana ini
Kitalah yang menentukan
Inilah sanggar kejayaan
Hasil kompromi tiga bangsa

Kasih tidak bertepi
Biarpun meniti onak duri
Kita martabatkan bahtera waisan

Demimu pertiwi tercinta
Kejayan banyak ditempa
Warga telah mencipta nama
Prasarana bertaraf dunia
Kemajuan harus berterusan
Kegagalan usah dibiarkan
Demi merealisasikan wawasan
...

(sebahagian daripada keseluruhan sajak)


Nota hujung: Semoga semangat berterusan selepas berpuisi da bernyanyi
Sumber : Sajak - Nuratiqah Roslan SMKBR, Kuantan


3 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Tahniah.....
ckLah tengah latih budak pidato pulak...

Cabaran besar kerana menjadi tuan rumah...

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...

Sebenarnya, saya dah lama tak terlibat secara langsung dgn aktiviti seperti ini...

Tp ...
dah diminta bantu, jadilah hakim - kesian pelajat Tkt 5 yg ditinggalkan sekejap...

MUNSYI ragbar berkata...

Erata:

gantikan pelajat dengan pelajar

Ampun !!!