3/06/09

ANEKDOT 97...

UNIKNYA KAD KAHWIN
(...sambungan)


DOA

1. “Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman, taqwa dan keyakinan kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkanlah rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman dan dipenuhi Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah di dunia dan di akhirat”- Amin Ya Rabbal Alamin.

2. “Ya Allah, ya Tuhan kami, Jadikanlah rumah tangga kedua-dua mempelai ini seindah rumah tangga Adam dan Hawa a.s. setabah Ibrahim dan Hajar a.s., sesuci cinta Muhamad S.A.W. dan Khadijah a.s. Murahkan rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka, peliharalah mereka dalam limpah rahmat dan inayah-Mu. Pandanglah mereka dengan pandangan kasih-Mu, Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta keberkatan di dunia dan di akhirat.” Amin Ya Rabbal Alamin.

3. “ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu.Kau limpahkanlah rahmat jua keampunanMu kepada kedua mempelai. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirannya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagian dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.” Amin Ya Rabbal Alamin.

4. “Ya Allah Ya Tuhan kami. Engkaulah Yang Maha Agung yang telah menciptakan qadha’ dan qadar ini. Kami pohon restu dan keredaanMu, jadikanlah ikatan ini selamanya diberkati olehMu, agar sentiasa dilimpahi dengan keimanan dan kasih sayang dan peliharalah ia semoga sentiasa akan berkekalan dengan rahmat dan cahaya kasihMu di dunia ini dan di akhirat nanti serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Ya Allah …satukanlah hati dua hambaMu ini seperti engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah." Amin Ya Rabbal Alamin.

5. "Ya Allah, kami memohon restuMu, berkatilah majlis ini, limpahkanlah berkat dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan kepadaMu. Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Ya Allah, kekalkanlah jodoh ini hingga ke akhir hayat dan permudahkan segala urusan keduanya serta sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini." Amin.

6. "Ya Allah …satukanlah hati dua hambaMu ini seperti engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah a.s. Panjangkanlah dan kekalkanlah jodoh mereka hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.”

Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukanlah daripada kepalanya untuk dijadikan atasnya, bukan pula daripada kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dihatinya untuk dicintai.

5 ulasan:

ku tak sempurna berkata...

mmg indah kad2 kahwin skrg ni... kata2nya.. rekaannya..
.
.
.
.
.
.
.
.
kamu ok kah??
emosi stabil??

MUNSYI ragbar berkata...

kts...

Owh...den ok je!
klu nak kawin...mungkin tidakkkk!

tengok orang lain kawin je laaa

ku tak sempurna berkata...

hah??
ekau tak nak kawin??

abis.. den camno??

huhuhuhu... kasihanilah den

MUNSYI ragbar berkata...

KTS...

Apo nak dikato...
Dah tutup buku bab kawin ni.

KTS nak tolong bukakan ko?
Kuncinya dh dicampak ke laut...

KTS? Sanggup...
hehehe...(gelak gatai)

xiiinam berkata...

Salam ziarah...
CikLah akan slow sikit di alam maya dalam seminggu dua ni. Selamat bercuti cikgu.....