5/08/09

ANEKDOT 117...DIGITAL

DIGIT 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Seorang sahabat menelefon seorang sahabat yang lain. Ada orang terdengar perbualan antara dua sahabat tu...

“Hari Jumaat ni, hari paling istimewa”
“Jumaat kan penghulu hari. Semua orang dah tahu. Apa yang istimewa lagi?”

“Dulu, ingat tak tarikh 07.07.07? Hari istimewakan?
“Ya, gadisku ajak aku kawin.Tinggalkan zaman bujangku. Hebat ke tu?”

“Dulu, 08.08.08, ingat apa yang berlaku?”
“Tarikh kawin aku. Tapi kita ke tengah laut, naik bot nelayan, buang semua hantaran kawin. Sebab gadisku takut nak kawin”.

“Bagus...maknanya kau belum lagi gila.”
“Sekarang tengok jam digital kau tu...tunggu detik pukul 12, 34 minit dan 56 saat. Sila kunci jam kau. Tetapkan harinya pada 7 Ogos Tahun 2009”

“ Ok...pastu apa jadi?”

“Pada hari Jumaat ni ( 7 Ogos 2009) masa akan jadi seperti ini:

Masa: 12:34:56 07.08.09

Semua digit ada di situ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 - Semua ini tak akan berlaku sepanjang hayat kau lagi”

“Hmm...Jumaat yang hebat. Macam mana kau boleh terlintas perkara macam ni?”
"Hehehe...ada orang bagitau kat aku. Kau bagitau kat orang lain pulak..."

Noktah!

Nota hujung: Malam ni nisfu Syaaban...dah baca Yassin?
Sumber: Borak-borak tak ada kerja.

4 ulasan:

KTS berkata...

nak tunggu hari 12.34 hari jumaat... :D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
siapakah sahabat itu??
sampai membuang hantaran di tengah laut..

errr... den pernah buang sesuatu di tengah laut... tapi bukan hantaran.... hikkkksssss

MUNSYI ragbar berkata...

kts...
dh lama hilang.

adalah seorang kwn tu...buang sirih junjung dan iringan tp...
.
.
.

cincin masih simpan!!! Mahal lol...

ckLah @xiiinam berkata...

Banyaknya entri...
Setelah lama menghilang diri....




Tengok gambar bowling tu...
jumpa tak jejak ckLah kat sana...?

Dua tempat ckLah sekeluarga selalu belasah...di Ipoh parade dan Jusco Kinta City...

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...

tengok2 juga org Perak yg rupa mcm cklah...hampa, tak ada.

Kami main kat Ampang Bowl, Ipoh Parade - menginap di Syuen. Kebetulan pula ada SuarasaTV9 kat Dataran...

Lengkap. Seronok lah jugak!


Ngapa cklah tak ikut main?