7/08/09

ANEKDOT 118 PPSMI+BAHASA BONDA


PPSMI bakal dimansuhkan pada 2012. Ketika ini pelajar sudah mula seronok berbahasa Inggeris. Bagaimana agaknya kalau subjek Kimia di ajar dalam bahasa bonda bukan bahasa ibunda...

Anda yang faham tolong terjemahkan. Boleh?


Lokasi - Kuala Pilah

Matapelajaran - Kimia


Assalamualaikum murid-murid,Aie ni che'gu nak ajor ekau smuo mengonai kostabilan lapan dan tontang bondo-bondo ado dalam Jaduai Berkalo.

Mulo-mulo ado kito dongan haidrojen, kocik nyo dio sobek hati dio ado satu bondo ajo kironyo dio itu sebuter ajolah. Kito tau kalo campor haidrojen dongan udaro dibuleh buat air itu, ekau jang amik duo haidrojen dongan satu udaro jadinyo air, tapi takdolah jadi air sirap ko apo.

Hondakkan buek ceghito dalam napaih kito pun ado haidrojen tu, tapi takdolah ditolan dek paru weh. Diambiknyo udaro dibuangnyo haidrojen balik macam kulit kacang la jang.

Tapi ini buek pengetahuan yo haidrojen tak adolah kak tompek yang mano udaro pun takdo, siapa tahu mano tu tompek yang suaro pun apaih takdok dongar nyo? Ahh ndak tau ekau jang itulah dio dikatonyo tompek yang hampogas. Hampogas kironyo tompek takdo langsung apo-apo gas dek bau langsung ilang tak nampak hapo kobondonya.

Ado pulak kalau kito tengok dokek tongah meja berkalo ni ado bondo panggilnyo silikon, bukan kek kon aiskrim ko apo tapi kironyo dio ni bahan separo pongalir. Letrik tak buleh la lalu dio macam bosi ko omaih ko atau tin ko apo ko tapi kalau dibueknyo dalam koadaan tortontu ionyo bulehlah melopehkan letrik untuk dibuek laluan maka atas sobab berkonaanlah ionyo dipanggil soparo pongalir.

Kironyo ado dio poie elektron ko sano dilopehkan kopado zaghah laie satu tu sobab dio nam mencapai kostabilan kolapan. Biasonyo dio ado ompek ajo tapi kalau hondak ditengokkan dari pandang hukum kuantom mungkin lain jadinyo lah sobek dalam kuantom ado pulak dipanggil faso tenago. Bukan bulih main lompek-lompek gitu yo dio mosti ado tenago nak melopehkan diri dari faso-faso tortontu.

Ahh ado pahang jang?

Soalan?

Nota hujung: Poning kepalo budak-budak den ni..
Sumber: Sinatra_Z Lipassepi

4 ulasan:

dinieezyane berkata...

Arghh!! Pening2... @.@

ckLah @xiiinam berkata...

Bahasa Inggeris memang wajib dipelajari, namun bukan untuk didaulatkan.

Saya menyambut baik pelaksanaan PPSMI secara peribadi, kerana hakikatnya negara kita bukan seperti Jepun yang menjadi maju dengan acuannya sendiri termasuk jati diri mereka dengan bahasa mereka. Hakikatnya, di Malaysia ini kita sudah terlanjur terlalu 'bertolak ansur' dalam penggunaan bahasa. Mau tidak mau, murid kena jugalah menguasai BI....sekiranya mahu 'ke depan'. Kita sudah banyak 'terlanjur' dengan Perkara 152 ni....

PPSMI ada kebaikannya. Cuma yang saya kurang puas hati adalah 'prasarana'nya. Sepatutnya, semua 'dah sedia' baru laksana. Termasuklah 'stok' gurunya. Pernah jumpa ada guru yang takut berbahasa Inggeris di kelas, sedang hampir semua murid dalam kelas itu fasih berbahasa Inggeris (kelas anak sayalah tu).

Yang jadi mangsa sekarang....anak-anak nilah. Masa PPSMI, kami membantu mereka mengulangkaji di rumah pun dalam BI...tapi lepas ni....tak taulah macam mana kelam kabutnya...Anak sulung saya sedang mempelajari Kimia, Biologi,Fizik dan Matematik Tambahan dalam BI...dan saya amat berpuas hati dengan prestasinya setakat ini..

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...

Saya bersekolah dua aliran - Bahasa Melayu dan B Inggeris.

Saya berkelulusan Dip TESL dan Ijazah B Melayu.

Kedua-dua bahasa ini penting bagi saya. Tiada prejudis.
Kasihan kepada para pelajar yang telah biasa dengan PPSMI, bertukar bahasa pula sedangkan istilah sangat lambat dicipta.

cklah, ingat lagikah istilah seperti ini:

i. maging, maun, maserba
ii. ayat bangun membuat, bangun kena buat
iii. istilah ICT yang melucukan?

Secara peribadi...saya menyokong kalau diwujudkan kembali sekolah aliran bahasa Inggeris. Di situ telah wujud 1Malaysia yang kini nak "dibaikpulih".

Kalau lebih berani, sekolah satu aliran perlu diwujudkan di negara ini.

Namun persoalannya...

perlu ada 'political will' dan keikhhlasan yang amat tinggi.

"...teringat filem-filem Yasmin Ahmad dan P Ramlee tentang 1Malaysia..."

ckLah...
inilah "flip-flop Malaysia..."

ckLah @xiiinam berkata...

Dalam peperiksaan PTK (kertas ICT) dulu...saya jumpa perkataan 'atas talian' , 'pemacu cakera keras', 'gambar pegun' dan beberapa lagi dah tak ingat....

Agaknya...itulah faktor-faktor saya dapat IV-III untuk dulu....gagal memahami maksud...ahaha..