26/08/09

ANEKDOT 124...PELIKNYA BAHASA?


BERBAHASA SEBAIKNYA...


Kata orang (biasanya orang bijak pandai) cara kita berbahasa melambangkan diri kita.
Ada orang menggunakan bahasa tinggi untuk berbicara, ada orang menggunakan bahasa rendah, tak kurang juga yang menggunakan bahasa basahan untuk berkomunikasi. Kebiasaannya, gaya dan cara berbahasa bergantung kepada situasi dan latar belakang seseorang. Situasi di bawah sebahagian daripada laras bahasa yang digunakan. Anda, bagaimana?

Situasi 1 : bagi tempat duduk kat org tua.
betul - Sila duduk pak cik.
salah - Pak cik! duduk!
pelik - Wahai pak cik yang kerepot, tua, bongkok, berkedut dan tak hensem, sila duduk.


Situasi 2 : beli barang ikan kat pasar
betul - Tolong bagi ikan merah 2 kilo.
salah - Wei,ade jual bateri 3A tak?
pelik - Tiket bas pegi Pahang dah habis ke?


Situasi 3 : apabila guru masuk kelas
betul - Semua bangun, selamat pagi cikgu.
salah - ... (buat tak tau je)
pelik - Woi, bodoh, masuk la cepat, murid dah lame tunggu ni!

Situasi 4 : apabila datang kerja lambat
betul - Maaf encik, kereta saya rosak masa nak datang tadi.
salah - Ahhhh, lantak la.
pelik - Kereta saya rosak, jalan jem, ada kemalangan, hujan tengah lebat, ada banjir, tanah runtuh, ada gempa bumi, tsunami, ahhhh, itu pasal saya lambat.

Situasi 5 : apabile balik lambat (yang ade bini la)
betul - Sori cayang, banyak kerja la.
salah - Woi bodo, wat air, aku letih ni!
pelik - Woi bodoh, wat air, kami letih ni (sambil bawak prempuan lain balik rumah).


Nota hujung: Laras mana yang anda biasa guna?
Sumber: ...Alamak, sori dah lupala pulak.

2 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Berbahasalah dengan betul....meski mahu berkecindan, meski mahu berlelucon, meski mahu menegur, meski mahu menyampaikan mesej...


Itu pesanan yang ckLah pegang...

Maka itu, dalam berblog ckLah cuba menjaga bahasa Melayu sebaiknya...
Kalau ckLah tersalah ...atau terikut-ikut lalai dengan pencabulan bahasa, cikgu tegur-tegurkanlah...

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...
Untungnya kita kerana terdidik sbg orang yang berbahasa

Ruginya mereka kerana tidak tahu berbahasa...

Semua orang perlu tahu berbahasa pada waktu-waktu sepatutnya.

Dua ibu jari untuk ckLah.