16/10/09

ANEKDOT 140...MOMENTO "BUAT MENYAPU SI AIR MATA"

MENITIP KASIH

Satu pagi, selepas mengendalikan perhimpunan pagi, pembantu pejabat menghampiri saya dan berkata, "Cikgu, parcel majalah tu dah sampai..."
Saya sedang menantikan draf majalah sekolah daripada sebuah syarikat percetakan di Taiping. Urusan begini biasanya berterusan sepanjang tahun - tetapi kali ini setelah melihat bungkusan yang diterima nampak berbeza sedikit. Pelik...!
Setelah meneliti alamat pengirim, ternyata berbeza...siapa pula pengirimnya?

Secara cermat, bungkusan itu dibuka. Selepas balutan pertama dibuka, ada satu lagi bungkusan plastik di dalamnya. Sekali lagi di buka. Setelah lapisan kedua dibuka, terserlah sebuah beg bewarna perak, diikat rapi. Memang hebat citarasa pengirimnya! Beg perak dibuka, sekeping kad "beige" terjatuh ke meja. Inilah yang tertulis...

Pada kad kecil tercatat ungkapan pendek beserta nama pengirim di bawahnya.
Menarik - "...sesuatu yang tak disangka..."
Sanggup bersusah payah menghantar buah tangan ini.


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Inilah hadiah eksklusif daripada 'blogger' yang merendah dirinya tak sempurna.
Momento ini pasti dapat membebat luka di hati kerana air mataku sudah tiada lagi ...

T.E.R.I.M.A. K.A.S.I.H...
-kau dalam doaku

8 ulasan:

xiiinam berkata...

Macam kenal je tanda tangan tu.....







Dan bunyi gelak tu...hik....hik....

ckLah suka! ckLah suka!
(eh..ckLah...kau pulak yang suka!)



Hmmmm.......adalah yang terbakar hati nanti ni.....hiks!

xiiinam berkata...

cikgu....jauhnya cetak majalah?
Syarikat Percetakan di Taiping tu setiap tahun merayu ckLah cetak majalah di situ...
Tapi ckLah dah 7 tahun dengan syarikat kat Teluk Intan ni...senang kerja dengan mereka,ckLah boleh duduk di pejabat dia, guna komputer dia dari pagi sampai malam dengan bebas....dan macam dah ada PA khas sendiri di situ...he..he..

Ayen berkata...

Untunglaa org dapat hadiah...

MUNSYI ragbar berkata...

CKlah...
psssstttt... kalau kenal tanda tangan tu - pemiliknya pemalu.
Amin - kalau ckLah suka.






cklah lagi...
Kami cetak kat Bo on Beng, Taiping. Syarikat ni dh lama beruusan dengan sekolah. Tak ada masalah dengan Boss.

Lagipun, kami hantar bahan - yang lain mereka uruskan - janji beres.

MUNSYI ragbar berkata...

Ayen...
"Kau memberi, aku menerima...tgn di atas lebih baik drp tangan yang di bawah..."

Nak hadiah tak?

Yunus Badawi berkata...

Bila lagi nak hantar rombongan? KTS dah bagi isyarat yg jelas tu.

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Pasti ke itu KTS?
Banyak soalan yg belum terjawab.
Pengirim tu ramai peminatnya...
dah tentu banyak nak kena jawab...
Tak gitu YB?

Yunus Badawi berkata...

Dari n3 awak dan komen ckLah tak silap lagi itu mmg KTS. Takkan tak pasti kot?

Awak tanyalah dia sendiri soalan2 yg belum terjawab tu. Kalau melalui telefon susah apa kata awak datang KL jumpa dia. Alamat kan dah ada kat bungkusan tu ngeh3x