18/01/10

ANEKDOT 145...MELONTAR ORANG DI MINA

(khemah jemaah di Mina)

Semasa berada di Mina selama empat hari untuk kerja melontar jamrah, para jemaah Malaysia telah ditempatkan di kawasan yang berhampiran dengan muassim (terowong). Pelbagai peristiwa dan karenah manusia yang dapat dilihat di sini. Antaranya, berkongsi ruang tidur seluas 14 kaki x 14 kaki dengan 14 orang jemaah yang lain, berkongsi bilik air yang sedikit dengan 30000 jemaah Malaysia yang lain ( juga jemaah Indonesia yang menceroboh masuk), berjalan kaki sejauh 3 km pergi balik ke jamrah setiap hari, sebenarnya banyak menguji kesabaran dan keimanan sesiapa sahaja. Saya seronok dan selesa berada di sini...

Di sini para jemaah berkampung untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah - Kubra, Wusta dan Sughra. Kebiasaannya para jemaah Malaysia dibawa ke jamrah selepas waktu Isya' tetapi saya memilih untuk pergi sendiri pada waktu subuh. Selain udara yang nyaman, tidak ramai para jemaah pada waktu begini. Ini menyediakan ruang yang sangat luas untuk memilih di tingkat mana untuk melontar jamrah. Sayangnya, pada waktu subuh masih ramai yang tidur...


(melalui muassim (terowong) untuk pergi melontar)
v
v
v
v
v
v
v
gambar dirakam sewaktu berjalan kaki pergi dan balik ke Jamrah
v
v
v

(ada jemaah yang tidur di tempat bagasi bas)

(ada yang sanggup melelapkan mata di dalam longkang.)

(kesejukan tidur di bawah jejantas)

(ibu dan anak beralaskan kotak untuk tidur)

(bergulung di dalam tikar - mulanya disangka mayat...)

Kebanyakan jemaah yang tidor ini datang tanpa pengurusan haji di negara masing-masing. Betapa bersyukurnya saya kerana pengurusan jemaah haji oleh TH Malaysia sangat cemerlang menjaga jemaahnya - walaupun saya datang bukan dengan pakej haji swasta.

Nota hujung: Seorang sahabat dengan marah memberitahu saya, " sepatutnya orang yang tidur ni yang dilontarkan ke jamrah - mereka tidak bangun bersolat subuh walaupun suara azan kedengaran dari masjid berdekatan." Nauzubillah min zaliq...
Sumber: Album koleksi peribadi

5 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

salam ragbar. lama dah kita tak bersua di alam maya ni sejak awak pergi haji hari tu.

Mmg bersyukurlah kita yg diurus dgn baik oleh TH. Tengok mereka dari negara lain tu, banyak ujian mereka.

KTS berkata...

opocot!! terkejut nya....

hidup lg ke org dlm kotak tu
errr... bukan mayat??

.
.

rasa nak gelak pun ada.... kreatif sggh org tu... hikhikhik

KTS berkata...

pemndgn yg tak pernah sy lihat di mn2 rncgn tv, akhbar, majalah... mungkin terlepas pndg... tp rasanya tak... hurrrmmmm....

mujur malaysia ada tabung haji...
klu tak, mungkin sy antara org yg tido dlm kotak.... errr.. tp kotak tu berbalut cantik... siap ada riben lagi... hikhikhik...
nak tumpang kotak saya :P

ckLah @xiiinam berkata...

Terasa macam saya ada kat sana......

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Terima kasih kerana kembali ke sini.

Sebenarnya, kami (saya dan ahli jemaah TH) tak putus-putus mengucapkan syukur menjadi rakyat Malaysia. Di mana-mana saja 'check point'kami berhenti, kami sentiasa dibekalkan dengan jajan versi Arab Saudi oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Nama baik Malaysia sentiasa menjadi sebutan pihak berkuasa Arab Saudi...
Alhamdulillah.








KTS...

Kotak beriben? Aik, menarik juga. Macam hadiah tahun baru pulak...

Jom...jom...










Cklah...

Kalau cklah pernah pergi, tentu dah merasainya. Kalau belum...bersedialah juga dari segi fizikal dan mental.