11/03/10

ANEKDOT 147: TERIMA KASIH ANAK DIDIKKU...semoga ini bukan kali terakhir memijak bumi SMARTian

Entri ini khusus ditujukan kepada semua anak didik SMART yang menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2009

Setelah banyak kali ditanyai oleh bekas pelajar SMK Abdul Rahman Talib - akhirnya cikgu mengalah dan melakukan entri ini. Setelah ucapan terima kasih daripada pelajar PMR berlalu, pelajar STPM juga telah menunjukkan watak mereka dalam peperiksaan.

TAHNIAH dan SYABAS cikgu ucapkan kepada pelajar PMR 2009 yang melonjakkan prestasi sekolah ke kedudukan ke-8 peringkat kebangsaan ( sekolah harian). Ucapan yang sama cikgu tujukan kepada pelajar STPM 2009 yang meletakkan prestasi sekolah berada pada kedudukan terbaik di peringkat negeri.

Hari ini cikgu ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada pelajar SPM 2009 yang turut melakarkan sejarah yang sama. Paling gembira apabila anda hampir memenuhi impian cikgu untuk meletakkan prestasi kertas Bahasa Melayu dengan pencapaian 100% mendapat pangkat A.
Kalau tidak kerana 3 pelajar yang mencapai gred B tu...


Inilah kedudukan sekolah dan prestasi bilangan A dalam semua mata pelajaran.
Insya- Allah cikgu akan masukkan prestasi keseluruhan mata pelajaran pada entri yang akan datang.

(Ketua Editor majalah 'Inspirasi SMART 09')

Sebahagian daripada 31 orang pelajar yang mendapat pencapaian keseluruhan gred A untuk semua mata pelajaran.

SMART TETAP CEMERLANG
menuju ke Sekolah Berprestasi Tinggi... Insya-Allah!!!

5 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Tahniah untuk semua warga sekolah....terutama sikgu-cikgunya.
Seoga kejayaan sentiasa berulang....dan berulang0ulang!




Psst: Hari Ahad ini saya menjalankan Kursus Kejurulatihan Taekwondo. XIIINAM ada parkir di hadapan sekolah hari tu...

KTS berkata...

waaaaaaaaaaaaaaaaaah... syabas.. tahniah..

errr.. bolehlah cikgu belanja donat big apple kan... eh.. bolehlah belanja cikgu donat big apple...

hikkssss
;D

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...
Saya xsempat ke TI pada hari Ahad - sebab ke PPangkor utk majlis perkahwinan.

Tp sempatlah ber'posing' di hadapan pintu pagar smk convent tu...

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...

donut boleh membulatkan cikgu.
berikan ucapan 'terima kasih' pun dah cukup.

kts pernah buat gitu?

kts?

ckLah @xiiinam berkata...

Laaa...patutlah Mak Guard tu kata ada orang posing depan pagar....awat tak masuk...? He..he..