17/03/10

ANEKDOT 148 - TRANSPORTER PENGANTIN KE PULAU IMPIAN

MENJADI TRANSPORTER PENGANTIN PANGGILAN PULAU

Cuti sekolah - kebiasaannya diisi dengan aktiviti keluarga.

"Pergilah bercuti, terokai negara anda sendiri". Demikian antara promo yang selalu dipaparkan di media.
Bagaimana pula dengan anak bujang dan anak dara yang dah cukup matang?


"Bang, jom ikut saya, kita gi kawin", kata orang sebelah sana melalui telefon.
"Naaaaakkk....nak ikut!!! Kat mana?" orang sebelah sini menjawab.
"Semua dah siap, tanggung beres. Abang bawa kereta saya, kita cari orang pulau" sambung orang sebelah sana.
"Hah, pergi pulau naik kereta?"

Sudah banyak kali saya berkunjung ke sini. Kali terakhir hampir sedekad yang lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja. Kali ini giliran anak saudara sendiri pula dipanggil menjadi orang pulau. Tentulah sesuatu yang amat dinanti-nantikan untuk menelusuri kembali jalan-jalan kenangan.
Saya melalui pekan Bidor, Teluk Intan dan Lumut dan naik feri ke Pulau Pangkor. Seperti biasa saya akan singgah di mana-mana tempat yang menarik bagi saya.


Masih kekal condong - "Leaning Tower of Teluk Intan"
(kawasan sekitarnya semakin menarik)

Mencatat nama di buku pelawat sebagai bukti telah berada di sini.

"Cgu, ada orang posing depan pintu pagar sekolah, " kata mak guard.
(ni nak tunjuk kt ckLah)

Inilah tujuan saya ke Pulau Pangkor...
(menjadi transporter untuk pengantin berkahwin dengan gadis pulau)

Nota hujung: Teruja tengok pengantin berarak di bawah pedang.
Sumber: Jalan-jalan

5 ulasan:

KTS berkata...

ehem ehem ehem... betulkan suara dulu ... tersekat2 pula bila tgk pedang tu :D
ehem ehem ehem... ok


.
.
.


tengok pengantin berarak je dah cukup utk buat sy teruja

apatah lg tgk pengantin yg berarak bawah pedang... bestnyaaaaa... rasa nak ikut masuk bwh pedang tu

.
.


.
.

ehem ehem ehem (masih membetulkan suara :P)


bila pula awak nak berarak ??

.
.






.
.
.


OPOCOT!!


.
.

errr.. hari sukan dah lepas ke belum?? mesti ada perarakan kan??

hihihi :P

KTS berkata...

errr.. alamak... sy TER tengok la gmbr yg awak nk tunjuk kat ckLah tu

.
.


sori eh... tak sengaja tengok :P :P :P

ckLah @xiiinam berkata...

cikgu terlambat sikit je. CkLah baru je tinggalkan sekolah......nanti ckLah periksa di CCTV ya.....


Psst; ckLah masih di sebuah hotel Sri Malaysia kat Semenanjung ni. Balik esok baru nk respon komen di blog.

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...

berarak di bawah pedang?
kena abang tenteralah
.
.
.
nak jugak?
.
.
.
pedang kayu boleh?

kts?






ktsku juga...

nanti den privatekan gambar ni...
.
.
.

kalaulah kita kat depan tu...

MUNSYI ragbar berkata...

ckLah...

Ewah, tgh berehat minda - teringat blog jugak?

takyah tgk cctv...malunya!!! (mcm penceroboh pulak)
tgk saja kat entri 148 saya ni...