19/03/10

ANEKDOT 150: SAYA STRAIGHT - TAK PERNAH SONGSANG

RAJA KAMPUNG INI TAK SONGSANG
( luahan hati pelajar dari kampung ini)


"Saya songsang? Tak mungkin...saya tahu diri saya - i'm staright.
Memang saya tak nafikan, ada orang suka perkara songsang.

Tak kurang juga yang passionnya buat perlakuan songsang - berfikiran songsang - menunggang motosikal menyongsang arus.

Ada ketika baik juga kita berfikiran songsang - berfikir di luar kotak - lebih kreatif - ada idea baru - dapat menyelesaikan masalah daripada perspektif yang berbeza.

Cikgu pun selalu bagi latihan menukarkan ayat biasa menjadi ayat songsang. ( soalan SPM lagi tuuu..)

Tapi kenapa cikgu kata saya songsang?

Kata Kamus Dewan - songsang tu terbalik letaknya atau duduknya.

Kenapa cikgu kata saya songsang?

Walaupun kampung tu ada nama saya kat depan, tak bermakna penghuni kampung saya tu semuanya songsang. Ini semua salah JKKK yang tak pandai susun perkataan pada papan tanda nama kampung saya ni.
Betul-betul buat malu kaum je..."

(sepatutnya: Kg Raja, Songsang, 28000 Temerloh)

Nama kampung : Kampung Raja
Mukim : Songsang
Daerah Temerloh.



Nota hujung: Salah tulis, salah persepsi orang - kan dah malu!!! Sumber: Meronda jalan kampung

5 ulasan:

xiiinam berkata...

Satu tanda baca yang diabaikan...menjadi punca....



Nama-nama tempat di Malaysia pun memang macam-macam. Di Perak ada Dinding, Parit, Papan, Lumut....

Nasib baik tinggal di Teluk Inta...makmur sikit bunyinya, walaupun tak ada intan!

MUNSYI ragbar berkata...

ckLah...

Nama kampung dah tentu susah nak ubah...
tapi kalau tak berhati-hati penulisannya...beginilah jadinya.

Pernah dengar nama Kg Cerok Tiak?

xiiinam berkata...

ckLah pun salah eja 'Teluk Inta ' tu.....



Ceruk Tiak? Isk..isk..isk..



Pernah pergi ke Kg Bunut Susu di Kelantan...

Ku Tak Sempurna berkata...

raja mana pula yang songsang ni??

.
.

hikhikhik


.
.











opppsss

ampun tuanku :D

MUNSYI ragbar berkata...

ckLah...

"Cerok Tiak" memang dieja begitu...

Boleh jumpa kalau dalam perjalanan ke Baling dan menyimpang ke Kulim

Boleh buat lawak tentang Baling -
Disebabkan Kedah negeri jelapang padi, ayam di Baling tak makan padi...(betul,kan?)












ktsku...

Raja yang bukan darah raja kot.

Rajasinggam, Rajagobal, Rajakumari dan ...