12/05/10

ANEKDOT 155: "AKU SEORANG VIP"

(gambar hiasan je - emel kawanku)

"Aku tak faham, memang tak faham.
Mengapa dia pentingkan sangat status tu?"

Kelmarin dia marah kerana aku letak kereta kat petak dia. Dia melenting.
"Kalau nak letak kereta kat sini, mesti ada pelekat!" katanya
(tapi saya OKU, sementara!)

Semalam dia marah lagi. Merungut pada aku.
"Mengapa tak disediakan lorong untuk bayar parking - khas untuk VIP?"
(VIP bayar parking? Tentu tak cukup VIP dia ni)

Hari ni dia datang jumpa aku lagi.
"Nah, ini pelekat kau. Khas untuk VIP!!!"

"Tak ada tulis VIP pun... tulisan OKU adalah." kataku.
"OKU lagi utama daripada VIP.!!!" katanya.

Geram betullah aku dengan orang gila status ni.

Pagi tadi aku belek-belek Kamus Oxford dan juga Thesaurus. Rupa-rupanya banyak lagi maksud VIP yang aku jumpa. Inilah sebahagiannya, sesuai benar maksudnya kalau status VIP tu disalahguna.

- Very Immoral Person
- Very Immodest Person
- Very Impatient Person
- Very Impecunious Person
- Very Imperfect Person
- Very Impotent Person (?)


Ada nak tambah lagi?

Nota hujung: Ada tiket VIP ke syurga tak?
Sumber: Kisah kawanku seorang dreba.

3 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Very Interesting Point:
Sekarang ramai org nak mengaku mereka sbg VIP. Dah terlampau ramai sehingga ada istilah VVIP.

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
memang betul...
Restoran makan segerapun ada pelekat macam VVIP tu...VIG (Very Important Gang/Group)

Bila YB bakal jd YB sebenar pulak?

MUNSYI ragbar berkata...

Oop erata:
Restoran Makanan Segera