30/05/10

ANEKDOT 162: MENTAFSIR MAKSUD "CHAMELEON @ SESUMPAH

(Sesumpah yang tak boleh menyumpah orang)


KARMA CHAMELEON – NYANYI BOY GEORGE

Dulu ada satu lagu merdu nyanyian Boy George yang berjudul "Karma Chameleon" - lagu hit yang menaikkan nama penyanyi pondan ini seantero dunia. Tetapi ini bukan kisah Boy George tu...

“ Saya bukan munafik...sampai hati kata saya macam tu.”

“Kenapa ni? Saya tak faham...”

“Saya dah tengok internet...sesumpah tu maknanya orang yang munafik. Orang yang suka menipu, berbohong...sampai hati kata saya macam tu...”

“Sesumpah tu kan sama makna dengan chameleon. Dah rujuk en. wikipedia? Rujuk je , lepas tu tafsirkan maksud chameleon tu dengan sifat kita...”

“Dah... orang yang hipokrit,”

Tak apalah, biar saya jelaskan.”

Satu:

Sesumpah adalah sejenis binatang reptilia seperti cicak yang boleh bertukar warna mengikut keadaan sekitarnya demi keselamatan dan kepentingannya. Binatang sesumpah ini sebenarnya tidaklah boleh melakukan “sumpah” terhadap mana-mana binatang atau manusia lain walaupun namanya hampir sama dengan perkataan “sumpah”.

Dua:

Some chameleon species are able to change their skin colors. Different chameleon species are able to change different colors which can include pink, blue, red, orange, green, black, brown, light blue, yellow and turquoise. Some varieties of chameleon - such as the Smith’s dwarf chameleon - use their color-changing ability to blend in with their surroundings, as an effective form of camouflage.

Tiga:

Selain boleh bertukar warna, sesumpah @ chameleon mempunyai lidah yang panjang. Lidah yang panjang ini memudahkah sesumpah untuk mendapatkan serangga sebagai makanan. Paling menarik tentang lidah si sesumpah ini ialah tindak balasnya. Kepantasan reaksi lidah ini mendahului otaknya – lidahnya bergerak lebih pantas daripada otaknya berfikir...

Bagaimana kaitkan dengan sifat manusia secara positifnya...

Sifat sesumpah yang pintar menukar warna badan mengikut keadaan melambangkan sifat manusia yang pandai menyesuaikan diri dengan suasana atau keadaan. Manusia seperti ini sudah tentu dapat melalui kehidupan dengan mudah – bijak menyesuaikan diri serta mempengaruhi orang lain. Selain itu mereka bijak menggunakan lidah (bercakap) - sudah pasti mereka dapat meyakinkan orang lain kerana kepetahan bercakap. Bukankah dunia hari lebih percaya kepada orang yang pandai bercakap...

Sebaliknya...

Jika ditafsir secara negatifnya, sesumpah bermaksud orang yang tidak ada jati diri. Suka berubah-ubah dan suka mengambil kesempatan dengan situasi yang dihadapi – berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sesumpah tidak menonjolkan diri tetapi selalu berselindung mengikut situasi. Sifat kepantasan lidahnya seolah-olah sifat manusia yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Sesumpah bertindak tanpa berfikir sama seperti manusia yang bercakap dan berjanji tanpa berfikir akibatnya.

Nota hujung: Anda nak jadi sesumpah?- Apa tafsiran anda?

Sumber : En. Wikipedia dan blog rakan-rakan.

Tiada ulasan: