20/09/10

ANEKDOT 174- MEMBERIKAN NAMA BUKAN KERNA NAMA


Malam itu aku diajak lagi. Nampaknya kerap benar dapat makan percuma.

Kali ini giliran anak saudaraku pula.


Majlisnya...majlis bercukur dan menamakan bayi yang baru dilahirkan seminggu yang lalu.


Sewaktu imam itu bertanyakan nama bayi itu, si bapa tersenyum, Tuan Imam turut tersenyum. Kemudian kami terus memulakan majlis malam itu sebagai meraikan bayi yang baru melihat dunia tu.

Tetapi aku masih belum tahu namanya. Majlis diteruskan.


Tak perlulah nak cerita...
sebab semua orang dah tahu apa yang ada di majlis Aqiqah. Nanti klise pulak.



Ada orang kata, "Ada apa pada nama,"
(klise je bunyinya)


Ramli Sarip pernah menyanyikan lagu, "Bukan kerna nama."
(semasa belum popular dulu tak pula nyanyi lagu ni).

Chef Wan yang baru jadi datuk pun turut menamakan cucunya

Tristan Tareef
(nama Melayu baru)

Semua orang hendakkan nama.

Nama yang bermakna, nama yang akan diingati selama-lamanya.

Apabila dah dewasa dan banyak berjasa idamkan pula nama bergelar.

Kalau diberi peluang, agaknya apakah nama akan anda berikan kepada diri sendiri. ?


Cuba perhatikan beberapa nama menarik yang pernah digunakan orang.

Nama dan orang ini tentulah masih wujud.
(Terima kasih kerana meminjamkan nama anda)


Untuk kepastian atau kerana tak percaya - sila rujuk

Jabatan Pendaftaran Negara.


(Alamat lengkap terpaksa dipadamkan )
(kes privasi la ni)

(Nama hebat sebagai lelaki)

(Walaupun sayang tetapi masih bimbang juga)


(sanggupkah anda menamakan anak sendiri dengan nama glamour ini)


atau


sewaktu anda baru nak berniaga di warung dah timbul masalah

(apa kena mengena dengan cerita nama ni?)


(Ini kalau dah marah sangat pada PBT tu)


seterusnya...


Bayi itu diarak mengelilingi jemaah untuk dicukur/gunting rambutnya.


Ketika sampai giliranku, aku bertanya akan bapanya nama anaknya.


Patutlah Tuan Imam tersenyum-senyum. Aku juga tak berani nak kata apa-apa.

Wah, hebat namanya...


.


.


.


.


.


.


.


.


ISLA NUR AFRINA QAMARINA

(mak datuk!!! - apa makna, agaknya)

(ISLA NUR AFRINA QAMARINA dalam dakapan sepupunya)





Nota hujung: Aku menulis bukan kerna nama...

Sumber: Surat pos (terima kasih, posmen)

9 ulasan:

Ku Tak Sempurna berkata...

o mak panjang nya nama!

.
.

nanti nak panggil apa??
gegirl??
kakak??
is??


.
.

nanti kita letak nama pendek je eh...

eh eh eh.. kita?? :P


.
.

tak mao letak nama warung nenek d roboh tau :P

far_red berkata...

Salam..

Nama secara tidak langsung merupakan satu doa kepada kita. Justeru, pemilihan nama adalah baik kepada anak adalah amat penting.

Trend yang saya perhatikan sekarang, ramai ibu-bapa yang lebih suka meletak nama anak menggunakan gabungan nama suami-isteri, nama selebriti atau nama-nama pelik yang kadangkala langsung tidak mempunyai makna.

Jadi, tepuk dada tanyalah selera..

al-lavendari berkata...

salam.

terima kasih kerana sudi buat tautan.
saya suka nama saya. kalau tulis dalam jawi, seketul jer !

nama al-lavendari untuk blog kerana
saya duduk di lavender heights. nasib baik. kalau duduk puchong ... al-puchongi. ish .. tak sesuai !

* terima kasih juga kerana membenarkan saya buat tautan kat blog awak.

Ismail Fitry berkata...

Yang nama untuk PBT tu memang kelakar habis keh keh keh!

DrSinga berkata...

penat nak nulis nama kat buku sekolah nanti Nak oiiii!!!!!!!

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...

kata maknya (anak sedara den) panggil Ina...
Den panggil...
Isla bonita = Pulau Indah


Nanti letak nama Yu-Li...hehehe!!!

Set!!!

MUNSYI ragbar berkata...

far__red...

nama panjang nanti tak cukuppetak pulak nak tulis...

dah tu dipanggilnya gegirl, boboi...tak mendoakan anakla pulak.




al-lavendari...

nama al-lavendari ni glamourlah...
itulah sebab buat tautan disamping jadi penglipur lara pembaca...
T Kasih al...






Ismail Fitry...

Mulanya tak percaya jugak...
Tapi bila tengok surat tu...memang betullah...






Doc...

Nama Singa lagi mengaum tau...
kalaulah boleh letak nama sendiri...

ckLah@xiiinam berkata...

Kesian cikgu nak tulis dalam buku register nanti.

MUNSYI ragbar berkata...

ckLah

...ini antara cara berlaku kejam terhadap anak-anak...hehehe.

Kasihan kat cgu tu nanti.