14/09/10

ANEKDOT - 172 PANTUN KANCING LIMA SEBARIS


BERBAJU MELAYU CEKAK MUSANG BERKANCING LIMA SEBARIS.

Baju Melayu tenunan sutera,
Cekak musang berona jingga;
Budimu puan tidak terkira,
Siang terkenang malam terjaga.

Cekak musang berona jingga,
Berkancing perak bertatah berlian;
Siang terkenang malam terjaga,
Hati berdetak tidak keruan.

Berkancing perak bertatah berlian,
Kilau memancar serahan dara;
Hati berdetak tidak keruan,
Lidah yang lancar hilang suara.


Nota hujung: Terima kasih kepadamu ( yang menceriakan Baju Melayu Cekak Musang ini.)

Sumber: Suara dari dalam hati.

5 ulasan:

DrSinga berkata...

salam raya !!!
kacak berbaju jingga....
:)

Ku Tak Sempurna berkata...

Opocot!!!!!

.
.
.


.
.

kancing dah kacak!
baju melayu dah kacak!
tuan badan pun kacak!!


.
.

awat tutup muka???

tak adil!!

MUNSYI ragbar berkata...

DrSinga...

Baju jingga yg kacak...
Pemakainya ....alamak!!!

Sib baik tutu muka...




KTSku...

Tutup muka sebab nak cover "kecacatan".

Eh, ekao kan dh muak nengok muko den ni...!!!

Heheheheh...

Ku Tak Sempurna berkata...

:(






:(







:(





taknak jawapan tu. bg jawapan lain!!

MUNSYI ragbar berkata...

Ktsku...

Tiga jawapan lain:

1. Takut publisiti
(itu pasal tak jadi artis)


2. Demi keselamatan diri
(den tak kayo nanti kena culik)


3. Tak cukup ganteng
(nanti org gelak nengok muko den)



p.s. ekao nak nengok muko den keno dtg sendiri...heheheh!!!