Sewaktu pulang dari Port Dickson, terlencong ke Bandar Baru Nilai dan seterusnya ke Nilai 3 secara tidak sengaja. Sempat juga meronda di sekitar premis perniagaan yang popular ini, tetapi saya lebih teruja dengan papan tanda perniagaan yang dipamerkan.
Pelbagai barangan diniaga di sini. Paling banyak barangan tekstil dan barangan persiapan untuk perkahwinan. Semuanya ada d sini, siapkan duit saja kerana ada duit semua boleh kuit. Setiap barangan dijual dengan harga murah dan berpatutan. Yang tak patutnya harga orang pun murah...
(Siap dalam 1 jam. Siap luar berapa jam, agaknya?)
(Inilah agaknya harga orang di Nilai)
Sebenarnya papan tanda ini terletak di pintu masuk tandas!
Nota hujung: Kalau dah bersedia untuk kahwin, datanglah ke Nilai3
Sumber: Travelog PD.
4 ulasan:
Selamat membuat persediaan ya cikgu..
Terima kasih.
Maka bermulalah rutin hidup sebagai guru...
Mohon diberikan-Nya kesabaran.
bila nak pergi nilai 3 lagi??
hihihi
.
.
.
.
oooooooooo.. tak bersedia lagi eh. takpe. take ur time :P
ktsku...
Bila nak kahwin?
Den boleh tunjuk kedai alat perkahwinan tu....
banyakkkkk!!!
Udah ready?
Catat Ulasan