29/06/11

KASIHNYA NORMAH...

(Datin Hjh Normah Abu Bakar - mantan Pengetua SMART, Kuantan)
bersara mulai 28 Jun 2011

Selamat bersara puan pengetua setelah lima tahun menerajui SMK Abdul Rahman Talib. Di bawah pimpinannya SMART telah diankat sebagai Sekolah Cemerlang, Sekolah Bestari Cemerlang dan Sekolah Kluster. Beliau sendiri telah dianugerahkan Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Pahang, Kepimpinan ICT Daerah Kuantan dan Pengetua Kanan (Cemerlang) dan lagi dan lagi dan lagi...
Sepanjang pentadbiran beliau SMART telah melonjak dengan menduduki tangga teratas dalam peperiksaan awam (PMR danSPM)



KASIHNYA NORMAH

Bak sungai
Bak air mengalir
Dari hulu dan jeram
kini hampir sampai ke muara

Dari putih jernih air hulunya
Dibawanya bersama hujan lebat dan kelodak
pekat

Kekadang arusnya menujah deras
kekadang mengalir lesu

Takdirnya
Alirannya terhenti sebentar di sini
Mungkin sekadar menguji sentuhan

Sentuhannya
Memang sesubur benih
Pasir disuntik menjadi intan
Setitik dijadikan lautan
Sekepal dijadikan pulau

Sentuhannya
Beserta bukti

Kasihnya bersinar indah
walau kekadang katanya menusuk
namun
Marahnya tiada dendam
Kasihnya bercahaya terang

Walau kekadang
dada berdegup kencang
urat menjadi tegang
namun
ajarannya terancang
tidak bergoyang

kasihnya tetap indah
segala menjadi mudah
tak perlu bermadah
tuturnya tiada helah
terserlah
terarah

bak sungai
bak air mengalir
Tiba juga kiranya di muara waktu

Di sini kami pasti merindu
hakikat seorang individu
Normah yang satu.

Moga lembayung rahmat Ilahi
kan memayungi bahtera hidup
yang berbakti
menghirup damai di hati
melandasi kehidupan abadi

Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami moga mesra akrab
berpadu

Azhar Daud - SMART 2011




5 ulasan:

Unknown berkata...

semoga beliau sentiasa berjaya dunia akhirat...
Cikgu,sekarang ni siapa plak Pengetua SMART??

Ayen... berkata...

Hebat...

KTS berkata...

ha'ah.

jelinglah kami jika rindu masih bertamu


:D

MUNSYI ragbar berkata...

Mim...
Pengetua baru masih dalam tapisan JPN. Susah nak cari ganti...



Ayen...
Memang hebat wei!

MUNSYI ragbar berkata...

kts...

Jeling kat blog ni nampak bibir awak jer.