1/12/11

ANEKDOT 202: KOSA KATA ORANG KAHWIN

Hari ni dah 1 Disember 2011. Maksudnya sudah masuk bulan keenam blog ni ditinggalkan. Kesiaannya.! - Maklumlah sejak dapat gelaran pangkat baru... komitmen juga bertambah. Hehehe...!!!

Ada tak sesiapa yang masih ingat tarikh 11.11.11? Sewaktu 11.11.11 ramai benar orang memilih tarikh ni untuk buat sesuatu -sebagai tanda ingatan. Yang paling ramai mereka ni pakat-pakat kahwin ramai-ramai. Seronoknya...


( Eh, macam main kawin-kawin masa kecik-kecik dulu rasanya)

Namun tarikh 20.11.2011 pun menarik juga...dah lah musim cuti sekolah, musim orang kahwin pulak. Jom kita kahwin!!!

Pengalaman sewaktu berborak tentang kahwin , teringat pulak banyaknya kosakata melayu tentang kahwin ni. Antaranya:

sireh junjung, sireh lat-lat, pelamin, pengantin lelaki, pengantin perempuan, duit kipas, wang hantaran, mas kahwin, saksi, wali hakim, kadi, bangsal, meminang, merisik, taklik nikah, bunga pahar, bunga tangan, telur pindang, penganan, berderai dan banyak lagiiii...

(termeterai sebuah ikatan - jangan sampai tertanggal cincin tu...)

Dan kata kawanku...

( waduh, berdebar-debar rasanya )

MALAM PERTAMA
( masih ada lagi ke?)


Nota hujung: Aku tunggu 12.12.12 nanti ...
Sumber: Kisahku.

1 ulasan:

bara4ever berkata...

tunggu 12.12.12......

Munsyi. apa tu sireh lat-lat ....first time trjumpa kosakata ni....