12/12/11

ANEKDOT 205: GAJI SBPA DALAM PERBILANGAN

Sekarang kaki tangan Perkhidmatan Awam tentu sedang sibuk
mengira-ngira untung rugi dan habuan
pelaksanaan SBPA 2012.

Mungkin tak habis-habis maklumat dicari
Setiap hari ada saja maklumat baharu
daripada kawan yang aku terima.

Dalam keghairahan itu, aku tertarik dengan slaid JPA tentang SBPA
Pihak JPA menggunakan perbilangan ini dalam sesi taklimatnya.
Pak Tenas tentu berasa bangga...

sesuai sukat dengan timbangnya,

sesuai belah dengan ukurnya,

sesuai peluh dengan upahnya,

sesuai penat dengan dapatnya,

sesuai hukum dengan salahnya,

sesuai alur dengan patutnya.

- Pak Tenas Effendi


Inilah skala gaji yang di uar-uarkan oleh kawan-kawanku... banyak tuuuu...!!!


(Hmm... boleh naik haji lagi ni)


Nota hujung: Sukarnya nak buat pilihan untuk bersara kelak.
Sumber: Slaid gaji SBPA JPA

Tiada ulasan: