3/10/08

ANEKDOT 12...

MENARIKNYA BAHASAKU…

Mamat ni berasal dari Kelantan. Memang tulin Kelantan. Satu hari tu mamat ni pun datanglah ke Seremban (first time) untuk temuduga kerja dengan salah sebuah syarikat pengangkutan. Dalam pada masa dia mencari lokasi pejabat syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dengan seorang lelaki Negeri Sembilan (N9).

Mamat Kelantan: Bey tumpey tanyo. Di mano pejabat syarikat pegangkutey?
Mamat N9: Ekau biar bonar. Cakap tu elok-elok sikit jang!
(Mamat N9 tu tengok dia atas bawah, atas bawah)

Mamat Kelantan: Betul doh kawey kecek nih. Syarikat pegangkutey, pegangkutey...
Mamat N9: Budak ni ado yang lobam nanti kang..
(Mamat Kelantan tadi dah mula naik hangin sikit. Memandangkan Mamat N9 ni tak berapa faham cakap dia maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu)

Mamat Kelantan: Ni ho alamat dio, XYZ Transportation Sdn. Bhd...transportation.
Mamat N9: Oo... transportation... ingat apo bondo tadi pegang kotey pegang kotey..
(Barulah brader tadi faham.. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nak pergi ke pejabat tu. Walking distance je tapi nak kena belok ikut 2-3 simpang jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya seorang cakap ayam, seorang cakap itik maka timbul lagi kekeliruan. Jadi Mamat Kelantan ni minta tolong Mamat N9 tu lukiskan pelan)

Mamat Kelantan: Abey buleh tunjuk peley dok?
Lagi sekali Mamat N9 tuh terkejut . Sekali lagi dia tengok Mamat Kelantan ni atas bawah, atas bawah.

Mamat Negeri: HESHH...! Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo?
Maka Mamat Kelantan ni pun terkial-kiallah keluarkan pen dengan kertas sambil minta brader tu lukiskan..

Mamat Kelantan: Lukih… lukih peley nok gi ke sano...
Mamat Negeri: Oooo.. mintak tunjuk lukis polan . Ingat nak mintak tunjuk apo tadi...hishh kau ni jang....

Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi atas keikhlasan Mamat N9 tu maka Mamat Kelantan pun akhirnya sampai ke pejabat yang ditujuinya itu dan hasilnya dia diterima bekerja dengan syarikat tersebut.

(kiriman pembaca tanpa nama)