1/04/09

ANEKDOT 68...

HUTANG WAKTU (i)

Seorang guru ( Puan A) telah menerima sekeping memo daripada ketua guru. Beliau telah didapati berhutang waktu kelas sepanjang bulan Mac 2009


1. 16 Mac 2009 - 4 jam - tidak berada di sekolah
2. 17 Mac 2009 - 4 jam - tidak berada di sekolah
3. 18 mac 2009 - 3 jam - tidak berada di sekolah


JUMLAH : 11 jam tidak berada di sekolah

Arahan: Sila ganti waktu ketidakhadiran cikgu. Maklumkan tarikh gantian yang akan dibuat.


Puan A telah mengambil kertas tersebut dan menulis di belakangnya.

1. 16 Mac 2009
- diarah menghadiri mesyuarat - melebihi waktu kerja
(2.45 petang – 5.15 petang) 2 jam 30 min - PERCUMA

- bermalam di luar kawasan bertugas 21 jam 30 min
( sepatutnya waktu bersama anak dan suami) - sape nak bayar?

2. 17 Mac 2009
– bermesyuarat melebihi waktu kerja

(2.45 petang – 5.15 petang ) 2 jam 30 min - PERCUMA

- menyiapkan kertas pembentangan mesyuarat melampaui waktu kerja
(8.30 malam – 10.30malam) 2 jam
- PERCUMA

- bermalam di luar kawasan bertugas 21 jam 30 min

(sepatutnya waktu bersama anak dan suami) - sape nak bayar?

3. 18 Mac 2009 – bermesyuarat melebihi waktu kerja
(2.45 petang – 5.15 petang) 2 jam 30 min - PERCUMA

Hutang Cikgu A : 11 jam
Hutang sekolah : 43 jam

Beza hutang : - 32 jam (sekolah nak bayar ke?)

Ketua guru mengambil pen dan menulis di atas kertas tersebut – melintang.
SILA MOHON BERTUKAR KE SEKOLAH LAIN atau buat sekolah sendiri.

( Sungguh autokratik)


NOTA HUJUNG: Inilah jadinya kalau semua diukur tanpa timbal balik.

Tunggu sambungannya…