2/04/09

ANEKDOT 69...


PUISI SUAMI MEMINTA IZIN BERPOLIGAMI


Isteriku,
Jika engkau bumi akulah matahari
aku akan menyinari mu
kerana engkau mengharapkan sinaran dariku

Ingatlah
bahtera yang kita kayuh
begitu penuh riak gelombang

Aku pasti akan tetap menyinari bumi
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.
Lantas aku ingat
Tuhan mencipta bukan hanya bumi
ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu...
Relakanlah aku menyinari planet lain
menyampaikan faedah adanya aku
kerana sudah takdir Ilahi

sinaranku diperlukan di planet lain.

BALASAN PUISI SANG ISTERI

Suamiku,

andai kau memang mentari,
sang suria yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau memberikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan
dengan sinaran mu

akan tetapi
pabila kail panjang sejengkal
dan kau hanya sejengkal lilin yang berkuasa 5 watt sahaja
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Bilik tidur kita yang kecil pun
belum sanggup kau terangi.
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita
di tengah remang-remang pancaran cahayamu
yang telah aku mengerti
cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?

please lah...!!!



Nota hujung: Ada yang nak cuba mengayat isteri?
Sumber: Emel lawakcom


Tiada ulasan: