20/04/09

ANEKDOT 78...

(karya yang menimbulkan kemarahan rakan wanita)

NOSTALGIA MENGGAMIT


Sewaktu berkemas-kemas gerobok buku di rumah, terjumpa pula dengan karya-karyaku yang pernah tersiar di beberapa majalah. Ah, tiba-tiba saja kenangan terlintas di minda. Nostalgia mula menggamit memori.

Inilah kerja masa luangku dahulu. Menulis-menulis-menulis ... kerana terpaksa! Semuanya kerana ketidakcukupan wang membiayai pengajian di Universiti Malaya. Karya-karya ini dihantar dengan harapan tersiar di majalah dan aku dibayar. Imbuhan yang sedikit ini setidak-tidaknya membolehlah aku meneruskan lagi baki kehidupan sebagai mahasiswa. (Penulis mata duitan rupanya aku.) Terpaksa...!!!

Keterpaksaan menulis menimbulkan keseronokan pula. Aku mula menghantar karyaku ke akhbar - dalam bentuk rencana dan juga cerpen . Biasanya menggunakan nama pena. Ada karya yang dibayar, ada juga yang didiamkan. Ketika ini wang sudah jadi perkara kedua. Setiap karya yang tersiar diraikan - dengan senyuman dan hati berbunga-bunga ( Aku bukan Mat Bunga tau). Seronoknya menulis...


(Kepada anda penulis blog - hantarlah karya ke mana-mana penerbitan. Selamat Berjaya!)


(daripada sebuah kisah benar yang diselami)



(Sajak: Suatu rasa satu ketika)



(Rindu 1 di majalah Jelita- majalah wanita)



Nota hujung: Berkaryalah untuk dihargai...bukan wang semata-mata.
Sumber : Gerobok lamaku

4 ulasan:

dcrysz berkata...

Bolehlaaa saya belajar menjadi penulis yang baik kalau begini...

MUNSYI ragbar berkata...

Redah je menulis...lepas tu baru belajar. Sealamt berkarya...

ima shhs berkata...

Salam singgah....

Karya terbaik datang dari dalam diri....

Salam perkenalan...

Tanpa Nama berkata...

selamat datang ima