11/05/09

ANEKDOT 87...

(seperti beruk mendapat rokok)
PERIBAHASA UBAHSUAI
(sambungan yang lepas...)

1. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

2. Biar lambat asalkan perlahan.

3. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah.

4. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

5. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

6. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri.

7. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan.

8. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

9. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

10. Patah tumbuh, hilang repot polis.

11. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

12. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

13. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

14. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

15. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan sate Kajang lagi
best......

16. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

17. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah di tepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai laa...

18. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

Nota hujung : Peribahasa ialah bahasa yang berperi-peri?
Sumber: Emel pelajarku


6 ulasan:

xiiinam berkata...

Catatan yang ini, benar-benar a.n.e.k.d.o.t...


Hik...hik...hik...

ragbar berkata...

apa saje yg dicatat mmg anekdot.
apa yang penting
v
v
v
v
v
boleh buat ckLah

tersenyum...!

dcrysz berkata...

kekekekek....release tension baca nih!!

amu mejie berkata...

hehehe...suak den baca entry cikgu nie..update la cikgu..hepi tol..teruskan berkarya

MUNSYI ragbar berkata...

dcrysz...
lama tk tglkn bekas dicni. selalu2lah dtg bkunjung

amu mejie...
datnglah lagi...kita ketawa sama-sama

-thatsmiley- berkata...

saya copy ye cikgu hehe