13/05/09

ANEKDOT 88...


BAHASA LAMBANG DIRI

Lihatlah perubahan dalam percakapan melayu hari ini..
Bahagian A adalah cara percakapan semasa zaman di-Raja.
Bahagian B pula zaman sekarang dan
Bahagian C pula cara perbualan remaja zaman sekarang.


1.(A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas.
(C) Wa cakap sama lu ...lu kalau mao kropok dia...lu kropok jangan kasi lebam beb!


2.(A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.
(B) Kurang ajar sungguh awak nie.
(C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Babi punyer budak!


3(A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih daripada tuan hamba.. akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
(B) Cinta aku belum lagi berbalas...berilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hatimu.
(C) Beb....wa takmo jiwang-jiwang sama lu...tapi wa suah cinta rabak sama lu...wa takut wa takleh tahan.

4(A) Seyogia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan syawal ialah esok...dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
(B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!

5(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekalian ke majlis keramaian itu kelak.
(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu...boleh tak?
(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau...aku pun nak ikot.

6.Barangsiapa yang telah dengan tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran... maka...atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
(B) Siapa yang berbuat jahat akan dihukum.
(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takda....jangan memain ngan aku hah!


7.(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yang ada atas empunya diri.
(B) Dia sungguh hebat sekali.
(C) Mak kao! Pawer siol!

Nota hujung: Anda - pilih yang mana? Indahnya bahasa Melayu
Sumber: Bahasa Melayu mengikut zaman


Tiada ulasan: