30/05/09

ANEKDOT 94...

GRAFITI

Satu hari ketika menunggu giliran ke kelas seorang guru terpandang goresan-goresan pada dinding. Ah, kenapa ni? Tak pernah pelajar menconteng dinding, apatah lagi melakukan kerja laku musnah.

"Apakah yang mahu disampaikan oleh remaja ni? Kenapa selama ini aku terlepas pandang?"

Pelbagai soalan tanpa jawapan - mengapa? mengapa? mengapa? bermain dibenak fikir!

Luahan hati meminta simpati. Di mana aku waktu ini?

Di mana kawan-kawan yang mengerti? Di mana para guru yang memahami?
Di mana? Di mana? Di mana?

Adakah ini terapi diri - melepaskan perasaan yang terbuku di kalbu?


Nota Hujung: Kepada penulis grafiti ini - hadirkan diri anda - ramai yang sudi membantu, insya Allah.
Sumber: Dinding-dinding batu yang keras dan kaku.

1 ulasan:

soca berkata...

sedeynye... klu la aku tau siapa gerangan, nak je aku peluk cium dia dgn kasih syg... sob, sob...