18/06/09

ANEKDOT 104...DIALOG ORANG BOSAN

DAH BOSAN...
(penghias drp firdauz.fotopages. TK)
DAH BOSAN
i
Isteri: Apa yang abang buat tu?
Suami: Tak ada apa-apa.
Isteri: Tak ada apa-apa…? Dah berjam-jam saya tengok abang merenung sijil nikah kita.
Suami: Abang tengah melihat bila tarikh luputnya.
ii.
Minah: Apabila kita berkahwin nanti, sayang ingin berkongsi masalah, kerungsingan dan kepayahanmu dan juga mewarnai hidupmu...
Mamat: Sungguh baik hatimu, sayang! Tapi saya tak ada masalah, Ayang!
Minah: Itu kerana kita belum lagi berkahwin!
iii.
IsterI:Apa yang abang suka yang ada pada saya - wajah yang cantik atau tubuh saya yang seksi?
Suami: (Memandang isterinya dari atas ke bawah) Kau memang pandai melawaklah!
iv.
Pengantin lelaki : Adakah sayang akan berkahwin dengan abang kalau ayah tak tinggalkan kekayaan ini?
Pengantin wanita: Ayang tetap berkahwin dengan abang, TAK KIRA SIAPA yang tinggalkan harta tu.
v.
Gadis: Ciumlah aku…! Dan aku sedia menjadi kekasihmu selamanya.
Pria: Oh, terima kasih kerana bagi tau awal-awal. ( lalu berundur)
vi.
Atan: Mak, semasa menaiki bas tadi, ayah suruh saya berikan tempat duduk kepada seorang wanita.
Mak : Atan dah lakukan yang betul. Baguslah tu…

Atan : Tapi mak…masa tu saya yang duduk di atas riba ayah
!
Nota hujung: Ada faham ???
Sumber: ???

5 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

kalau bercinta lama sgt sebelum kahwin, bila kahwin cepat bosan hehehe

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
kawin, kawin , kawin,
nikah dan kawin...

seronoknya...ramai yg berebut kawin waktu cuti sekolah baru2 ni...

bukti bercinta ke tu?

KTS berkata...

yg ke-6 (yg last) tiga kali den baca.. baru paham..
tapi lepas tu ketawa takleh nak berhenti.. hik hik hik
.
.
.
.
.
.

ekao bosan ko??
jangan la gitu... den kan ado.. klu line tenet elok, adola den.. klu tak, nan ado... hik hik hik..

MUNSYI ragbar berkata...

KTS...

Hak alahai KTS bauat-buat tak faham lak.

kan ekao wanita tu...
v
v
v
v
Den tak bosan selagi ekao ado.
Kan citer tu kerana dah bosan?

Syed al-Watan berkata...

hahahahaha
best btul.
saya cuba bayangkan pasangan yg btul2 buat pkara spt di atas. haha
mmg pelik dan mnarik