17/07/09

ANEKDOT 110...DEFINISI SAHABAT



Sewaktu belajar di UM dahulu, saya tinggal di rumah sewa beramai-ramai. Pelbagai karenah dan sifat manusia yang dikenali sewaktu menjalani kehidupan seharian. Teringat kisah seorang sahabat yang memberi makna sahabat - versi pelajar di kota raya. Ini sebahagian tafsiran yang masih diingati …

1. SAHABAT MUKA PINTU

Boleh dilayan setakat muka pintu sahaja. Mereka ini menjadi sahabat secara tiba-tiba – selalunya sewaktu nak minta bantuan atau bila dah takada orang lain nak minta tolong. Dia sanggup berbuat apa-apa sahaja asalkan kita jadi sahabatnya pada waktu itu. Apabila dah lega, kita dah tak penting lagi…

2. SAHABAT RUANG TAMU

Sahabat ini dlayan sebagai tetamu terhormat. Kalau ada benda makan pastilah ada bahagian untuknya. Dia ni boleh berkongsi cerita tetapi belum boleh berkongsi masalah. Masih ada jarak. Mudah menolong dan diminta tolong tetapi ada batas – kalau tak percaya – cuba pinjam duit waktu hujung bulan. Sahlah dia buang tabiat, kalau dia bagi…

3. SAHABAT DALAM BILIK

Sahabat jenis ini, memang boleh dibawa masuk ke bilik hatta bilik tidor sekalipun(sama spesislah tau). Kita boleh berkongsi cerita yang agak sulit dengan sahabat seperti ini. Apatah lagi, gosip yang hanya kita berdua saja yang tahu. Boleh juga buat projek diam-diam dengan sahabat seperti ini. Satu kepalalah katakan …

4. SAHABAT SETILAM SEBANTAL ( Eee…serammm!)

Sahabat yang intim. Tetapi tidaklah sampai dikategorikan 18SX. Sanggup berkongsi apa-apa saja, lantas tidor pun setilam sebantal – tetapi tidaklah sampai melakukan kedurjanaan hubungan. Sahabat jenis ini sanggup berkongsi masalah, air mata, kain, baju, malah tuala mandi pun boleh berkongsi. Pasal duit tak jadi masalah. Duit kau aku punya, duit aku kita kongsi. Keikhlasan mereka berada pada tahap tinggi. Sedangkan pasangan kekasihpun belum tentu sanggup berkorban demi diri kita. Sayangnya mimpi tetap berbeza…
Siapa sahabat anda?

Nota hujung: Lebih mudah menghadapi musuh berhadapan daripada sahabat yang menikam dari belakang.
Sumber: Citra RBM, UM

8 ulasan:

ku tak sempurna berkata...

den tak pernah duk umah sewa :) tp biasa duk asrama... semua member2 kamceng.. jadi sahabat :D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
den kategori shbt apo ngan ekao??
errr.. hihihi




pssstt... ke mana menghilang?? huhuhu.. kahwin eh?? tak jemput pun :(

gambar kat anekdot 56 tu cantiklaaa.. si dia ke??

MUNSYI ragbar berkata...

KTS...
Den tak kategorikan sahabat - yang layan den tu lah sahabat...ekao ni sahabat denlah jugak ...

.
.
.
.
anekdot 56 tu...den snap gambar dia sewaktu melintas depan kete den...

sampai hari ni dah tak jumpa-jumpa.Rugi tak ambil peluang... hehehe. (den kan lelaki normal!!!)

xiiinam berkata...

cikgu.
kat UM tahun bila?
Mesti junior ckLah ni..

Jadi...ckLah bukan sahabat ekau...
Den macik ekau...he..he..



ckLah dulu penghuni Kolej Ke Tiga.....tahun akhir di Asrama modular SS16.....yang terbakar habis tinggal sehelai sepinggang dulu tu....

MUNSYI ragbar berkata...

Cklah...
apakata kita imbas:

Waktu tu...
1. Prof Mahadir Che Khir - masih pensyarah
2. Prof Emiritus Khoo Kay Kim masih pensyarah
3. Prof Nik Safiah Karim masih bertugas
4. SN S Othman Kelantan di Pengajian Media
5. Chandra Muzaffar belum jadi ahli politik
5. DTC belum terbakar
...dan lagi

lama dah tu...
.
.
.
.
.
CKlah mungkin pangkat adik saya...kot.hehehehe

xiiinam berkata...

Isk..isk..isk...
Nama-nama yang disebut...semua guru ckLah.
Raja Mokhtarudin tak kenal?
Paling ckLah 'admire' prof Mohamad Abu Bakar (Sejarah). Gaya cakapnya buat ckLah jatuh hati...he..he..

Dr Ridzuan (Sejarah Islam di Asia Tenggara) dulu kurus je, tapi baru ni tengok di TV dah gemuk...

Memang dah lama...
Dan pengukur 'kelamaan' itu adalah;
Masa tu baru nak kenal-kenal belajar komputer... menaip dokumen masih guna 'wordstar'. dan ckLah pernah gaduh dengan seorang pelajar master sebab potong trip komputer yang ckLah dah tempah di bilik komputer Fakulti Pendidikan...Hi..hi..malu kalau ingat!

MUNSYI ragbar berkata...

ckLah...

Nampaknya kita ni tak jauh jaraknya...

Saya difakulti sastera...
Cklah disebelah (fakulti pendidikan, barangkali)
Jaraknya hanyalah sebuah kantin di antaranya, masihkah kau ingat?

Pernah jumpa Prof Mohamad Abu Bakar tapi tidak sekurus dulu...

Aah, nostalgiknya...heheheh

xiiinam berkata...

ckLah pun fakulti sasteralah.....
masa buat dip. Ed baru ke Fakulti pendidikan.....ckLah ambil BM/Sej...

Selalu juga lepak di Dataran Sastera tu sementara tunggu kelas...

hikks..

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...
takpe cklah, nanti saya cari cklah.

Entah-entah pernah bertentang mata di Dataran Sastera.
Jeng, jeng, jeng...

Saya ambil pengkhususan BM.
Tp Prof A Latif Bakar benarkan saya ambil kertas Pengajian Media sbg tambahan.