18/07/09

ANEKDOT 111...AWET DAN AWEK MUDA

Suatu hari seorang lelaki pertengahan umur bertemu dengan rakannya yang seusia. Walaupun jarak usia kedua-duanya hampir sama, namun seorang nampak lebih tua daripada seorang lagi. Apabila diminta petua, inilah pesan yang perasan dirinya nampak lebih muda kepada yang sedar dirinya nampak lebih tua daripada usia sebenar...
Ikutilah petua beliau:

1. Selalulah bergaul dengan orang yang lebih muda daripada anda.
Kalau anda perempuan – berbaik dengan lelaki muda – bukan bela anak ikan tau!!!
Kalau anda lelaki – berbaik dengan wanita muda-muda – otak jadi segar!!!

2. Beritahu umur anda lebih tua daripada usia sebenar.
Kalau umur sebenar 30 tahun, katakan 35 atau 40 tahun. Sudah tentu orang kata wajah anda tidak setua umur anda.

3. Tukar nama anda kepada Muda.
Contohnya, Encik Muda b Ahmad atau Puan Muda Bee bt Ahmad .
Sampai akhir hayat anda tetap dipanggil muda .

4. Jadilah isteri muda.(Kalau sanggup je…)
Tak ada sesiapa akan panggil anda isteri tua…muda selalulah!

5. Hisap rokok banyak-banyak.
Dah tentu anda mati muda – tak sempat jadi tua!!!
…dan senarainya mungkin lebih panjang.
nak jadi macam ni???
v
v
v
v
v
v


Nota hujung: Nak yang mana satu- awet muda atau awek muda?
(nak dua-dua boleh tak?)
Sumber: Sembang-sembang dengan orang tua tak tua-tua.

5 ulasan:

ku tak sempurna berkata...

ekekekeke... den nak ikut petua org yg tak tua2 ni...
ekekekeke...

1) mulai hari ni den nak kawan ngan bebudak 4-9 tahun je.. spy nmpk muda :P


2) umur den 40 tahun... kompem semua nak tau den makan apo :P


3) namo den cik sri muda :) hihihi



4) oetua no 4 ni den tersgt la sanggup.......................................... klu lelakinya kekanda den - sultan brunei la... ekekekeke


5) yg ni den serahkan kek ekao.. den tak sedio laie.. :P


ekekeke.. ekao menceriakan den :)

MUNSYI ragbar berkata...

kts...

den dah lamo ikut petua ni...kecuali no 5 tu...
den tak cukup kayo nak bukak kilang dalam badan
.
.
.

petuo no 4 tu ...tkleh tukar orang len ko? Kempunan den...

KTS?....hmm hmm

ku tak sempurna berkata...

boleh.. boleh... den boleh tukar syarat no 4
.
.
.
.
.


tapi ekao isteri pun takdo... camno den nak jadi isteri mudo??

camno?? camno??
copek2 la kawin :)

hikhikhik

xiiinam berkata...

...ckLah baru 24....
Sebaya dengan KTS....

Tak percaya...?
Suruh KTS berdiri sebelah ckLah...




Hi..hi..hi....



KTS, sila jangan bluek...

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...

Percaya...percaya...

Betullah saya cakap, cKlah pangkat muda drp saya...

24? Saya 42 lah kot!!!