19/07/09

ANEKDOT 112...MELAYUKU

Aku Melayu?
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu

Aku Melayu?

Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you

Aku Melayu?

Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap dia
orang kata,
I ni, gelojoh you...

Aku Melayu?

Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau

Aku Melayu?

Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)
Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu

Nota hujung: Tapi ada juga puak-puak yang bukan Melayu merayu-rayu nak jadi Melayu
Sumber: blog isuhangat

3 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Kadang-kadang,
apabila melihat kepincangan
Melayu di sana-sini
Aku tiba-tiba seperti mahu mengaku....


Bahawa aku bukan Melayu....



Aku memang bukan Melayu...
Bapak aku Jawa Riau...
Mak aku Jawa juga...dari Acheh

Jadi....
Aku...?
Errrrr....pan-Asia...
Heh..heh..he...

MUNSYI ragbar berkata...

CKLAH...

Mcm tak tau pulak...
semua yang cklah nyatakan tu, kan rumpun melayu...Jawa juga Melayu!

Nusantara Kepulauan Melayu...

KTS berkata...

errrr... i'm not melayu...
what is melayu??

.
.
.
.


hikhikhik...

den org melayu... mata tetap tak biru... walaupun suka makan keju :D


takkan melayu hilang di dunia... betul ke??