31/08/09

ANEKDOT 127...GEMILANG MERDEKA 52


RUMAH MERDEKA

Selamat Datang 31 Ogos
untuk kesekian kalinya kita meneriakkan
"MERDEKA"
dan mengibarkan bendera indah di puncak
tiang negara

Selamat datang 31 ogos
perarakan berlalu menyusur perjalanan waktu
dan kita pun bertanya
bagaimana memelihara rumah merdeka ini sebijaknya

Merdeka bukan bererti bebas tanpa batas
Merdeka tidak bererti rumah tak perlu berkunci
Merdeka bukan membiar kebun jiwa tak berpagar
Merdeka adalah milik kita yang termahal
milik yang ditebus dengan nyawa dan airmata
peliharalah ia sebijaknya
bersihkan ia dari kemungkaran
kerana kemungkaran mengundang virus
kekotoran, racun pencemaran
yang akan membiak dan merebak menjadi wabak
menggugat saraf dan jasad bangsa
perangi sehabisnya
sebelum negara menjadi pesakit yang sengsara.

Anak-anak merdeka
mari kita kutip makna dari sejarah
keruntuhan akhlak yang membawa padah
kota dan empayar dunia yang telah musnah
akibat kemungkaran rakyat dan pemimpin khianat
mengambil teladan dari peradaban yang tidak
dapat bertahan
runtuh dimamah zaman.

Anak-anak tercinta
jangan kau sangka di era modenisasi, kota siber
dan canggih IT
kita tidak perlu berbudaya dan berbudi
akhlak mulia adalah warna peribadi
tanpa peribadi kau hanyut tak berpaut
tenggelam di lautan tak bertepi
karam di dataran tanpa sempadan
sesat dan terjerat di rimbunan maklumat
buta meraba di simpang siur lebuh raya kota siber

Anak-anak tercinta
rimbun pokok kerana baja
rimbun tamadun ditunjangi akhlak mulia
komunikasi berkesan oleh tutur yang sopan
terpaut rasa oleh santun bahasa
pedoman bangsa adalah rukun susila
taman peradaban yang kita bina dengan
semurni wawasan
akan hancur tanpa petugas yang amanah
akan hancur tanpa pewaris yang jujur.

Mari kita lengkapi rumah kita yang bahagia
lindungi bangsa dari penjajah budaya
pelihara bangsa dari penakluk minda
dengan akhlak mulia kita bina masyarakat jaya.

ZURINAH HASSAN

Nota hujung: Selamat Hari Ulang Tahun Merdeka ke-52
Sumber: Koleksi sajak Zurinah Hassan

30/08/09

ANEKDOT 126...JILBAB MUSLIM

(penghias ruang sahaja)

Semasa selingan solat terawih seorang ustaz telah bercerita tentang azab tidak menutup aurat kepada para musliman. Ustaz menjelaskan pemakaian jubah dan jilbab kepada makmumnya. Sekembali dari masjid seorang pemuda terdengar perbualan antara si ibu dengan anaknya tentang jilbab.

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak bu..?
Ibu : Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.


Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu. Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukankah lebih baik saya memakai jilbab kerana kita orang Islam
dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya..betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !

Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh dengan cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu syariat Islam. Islam yang sebenar, bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.
Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai
jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.
Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!
Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !
Ibu : JANGAN !

Anak : JILBAB !!
Ibu : J A N G A N !!!

Anak : J I L B A A A A A A B !!!!
Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI...

Nota hujung: Tak tahu nak kata apa...
Sumber: ................................................

28/08/09

ANEKDOT 125...KREATIVITI H1N1

Memakai topeng untuk mengelakkan jangkitan H1N1 perlu diwajibkan. Masih ramai rakyat di negara kita yang "malu" memakai topeng. Mungkin kerana topeng menutup ketampanan/kecantikan wajah , merimaskan, atau melemaskan. Setiap orang ada alasan mereka yang tersendiri. Ini pemakaian topeng yang kreatif. Cuba kalau berani...

tampak lebih menarik dengan rama-rama

berwajah haiwan?

si Badut?

ganas?

"Hell Rider?"

Sherlock Holmes?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
atau
v
v
v
punca pembawanya?
Nota hujung: Bertopeng menyembunyikan peribadi sebenar?
Sumber: Gambar daripada blog todaysjokes ( Terima kasih!!!)

26/08/09

ANEKDOT 124...PELIKNYA BAHASA?


BERBAHASA SEBAIKNYA...


Kata orang (biasanya orang bijak pandai) cara kita berbahasa melambangkan diri kita.
Ada orang menggunakan bahasa tinggi untuk berbicara, ada orang menggunakan bahasa rendah, tak kurang juga yang menggunakan bahasa basahan untuk berkomunikasi. Kebiasaannya, gaya dan cara berbahasa bergantung kepada situasi dan latar belakang seseorang. Situasi di bawah sebahagian daripada laras bahasa yang digunakan. Anda, bagaimana?

Situasi 1 : bagi tempat duduk kat org tua.
betul - Sila duduk pak cik.
salah - Pak cik! duduk!
pelik - Wahai pak cik yang kerepot, tua, bongkok, berkedut dan tak hensem, sila duduk.


Situasi 2 : beli barang ikan kat pasar
betul - Tolong bagi ikan merah 2 kilo.
salah - Wei,ade jual bateri 3A tak?
pelik - Tiket bas pegi Pahang dah habis ke?


Situasi 3 : apabila guru masuk kelas
betul - Semua bangun, selamat pagi cikgu.
salah - ... (buat tak tau je)
pelik - Woi, bodoh, masuk la cepat, murid dah lame tunggu ni!

Situasi 4 : apabila datang kerja lambat
betul - Maaf encik, kereta saya rosak masa nak datang tadi.
salah - Ahhhh, lantak la.
pelik - Kereta saya rosak, jalan jem, ada kemalangan, hujan tengah lebat, ada banjir, tanah runtuh, ada gempa bumi, tsunami, ahhhh, itu pasal saya lambat.

Situasi 5 : apabile balik lambat (yang ade bini la)
betul - Sori cayang, banyak kerja la.
salah - Woi bodo, wat air, aku letih ni!
pelik - Woi bodoh, wat air, kami letih ni (sambil bawak prempuan lain balik rumah).


Nota hujung: Laras mana yang anda biasa guna?
Sumber: ...Alamak, sori dah lupala pulak.

24/08/09

ANEKDOT 123...MATI

(ke sini jua akhirnya)

Sempena bulan puasa ini, saya telah menerima beberapa emel daripada sahabat sebagai peringatan kepada saya. Izinkan saya berkongsi dengan anda walaupun anda pernah membacanya.

TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL

1. Tanda 100 hari

Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini hanya mereka menyedari atau tidak...
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh iaitu daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih - jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.


Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sebarang manfaat...

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arasy Allah swt, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ...

Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika...


Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untukmencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya...

3. Tanda 7 hari

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan - orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...

4. Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti...

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi...


Telinganya akan layu, bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam...
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan..."


5. Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah asar, kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun. Ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya....

6. Tanda akhir

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum...
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...


Nota hujung :SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK
Sumber: Emel daripada sahabat


22/08/09

ANEKDOT 122...RAMADHAN dan RM


Ramadhan tiba lagi. Pada bulan ini, kata seorang Imam, Allah telah menyediakan pelabagai ganjaran dan pelbagai bonus kepada umatnya yang beramal soleh. Namun hal ini masih juga kurang mendapat sambutan daripada umat Islam sendiri. Bagaimana agaknya kalau ganjaran itu ditukarkan ke dalam mata wang....

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin di dalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala.
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala.

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt RM 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt RM 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin di dalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu RM 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt RM 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan Ramadhan RM 2,835,000.00

Wow! Masya-Allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan Ramadhan 30 hari sahaja!!!


Nabi Muhamad saw memberitahu sekiranya kita membaca Al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan Mim 1 pahala.

Wow!!! Apabila kita membaca Al-Quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam Lailatul Qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya Allah swt itu maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan lain lain di dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!! Ayuh ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan. Jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutupnya sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin di dunia dan miskin di akhirat!Mengapa?

Allah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa -diulangi senantiasa- berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, Master in Business admin (MBA) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.

Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!

*sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu'alam.

Selamat berpuasa, Selamat beramal, Semoga Ramadhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu.......


Nota hujung: Alamak, ruginya orang yang belum berkahwin...
Sumber: Emel

15/08/09

ANEKDOT 121...LELUCON BAHASA

"Bahasa Melayu mudah digunakan," kata pengguna bukan Melayu. "Bahasa Melayu amat mengelirukan," kata penutur bahasa Melayu yang ibu bapanya orang Melayu.
Bahasa Melayu amat menarik jika digunakan dengan betul, amat jelik kalau salah penggunaannya. Lihat beberapa contoh bahasa Melayu yang salah penggunaannya. Cuba anda kesan di mana silapnya...

(apa yang boleh, apa pula yang tak boleh)


(ada dua maksud?)

(Bolehkah bilik berpakaian?)

(Kasihan si Ramli)

(amat prihatin kepada keperluan anda)

(kapak = carpark?)
Nota hujung: Inilah jadinya kalau kita tak ambil peduli...
Sumber: Terima kasih kepada semua pengirim gambar-gambar ini. Anda prihatin!

10/08/09

ANEKDOT 120...KELANTALISH

(pening kalau tak faham bahasa)


KELANTAN + ENGLISH = KELANTALISH

Bahasa Melayu hari ini sering kali menerima percampuran bahasa Inggeris oleh penuturnya. Fenomena ini telah berlaku sejak dahulu sehingga ada pihak yang menggelarkannya sebagai bahasa belut.

Loghat Kelantan telah lama menerima pengaruh bahasa Inggeris dalam dialek mereka. Perkara ini telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Kelantan, terutama di bandar-bandar. Sila baca dialog ini dan fahami perbualan mereka.

A: Maaf cik, cik ni kijo gapo?
B: Nneja istek. Bapo tanyo?

A:Kalu nneja istek, takpolah...tok payoh baya sewo ghumoh ni.
B: Ooo lagu tu. Timo kasih lah deh

A: Tapi keno tinggal pozek api air.
B: Buleh, buleh...

A: Nok ghorak sikit...suwih depe tu rusok. Cik bulih wat lapore kat opeh. Tulih dalam bokk. Pas tu adolah ogh maghi bekki
B: Timo kasih lah. Ambo nak gi merket dulu. Banyok bena barang nok beli ni.
A: Okey...


glosari:

1. NNeja istek= estate manager
2. pozek = deposit
3. suwih = switch
4. opeh = office
5. bokk = book
6. merket = market

Nota hujung: Ini sebahgian daripada bahasa loghat yang digunakan.
Sumber: Orang Kelantan Moden...

8/08/09

ANEKDOT 119...WOMBAT

( kepala pening, mata pusing)

Tentu anda biasa menggunakan akronim dalam penulisan blog dan juga sms. Adakalanya amat memeningkan kepala untuk difahami. Akronim seperti OMG, LOL, GTG, GTH dan banyak lagi telah biasa digunakan. Cuba anda guna pula kependekan terkini yang digunakan oleh kebanyakan "chatters" di blog.

A sampling of some popular shorthand texting terms.

UG2BK . . . . . . . You got to be kidding
ASAP .................As soon as possible
RSVP..................please reply
GBTW. . . . . . . . Get back to work
NMP . . . . . . . . . Not my problem
PIR . . . . . . . . . . Parent in room
GFTD. . . . . . . .. Gone for the day
FYEO. . . . . . . . For your eyes only
BI5 . . . . . . . . . .. Back in five minutes
DEGT . . . . . . . . Don’t even go there
BIL . . . . ............ Boss is listening
PAW. . . . ...........Parents are watching
99 . . . . . . ..........Parents are no longer watching
PCM . . . . ..........Please call me
IMS. . . . . ...........I am sorry
TOY. . . . . .........Thinking of you
KUTGW. . ..........Keep up the good work
CID . . . . . ..........Consider it done
FWIW. . . ...........For what it’s worth
HAND . . . ..........Have a nice day
IAT . . . . . ...........I am tired
NRN . . . . ..........No response necessary
4COL. . . . ..........For crying out loud
WRUD. . . ..........What are you doing
LMIRL. . . ...........Let’s meet in real life
^5 . . . . . . ...........High five
TTYL..................Talk to you later
WRUD................What are you doing
WOMBAT...........Waste Of Money, Brains And Time
Nota hujung: Boleh tukar ke Bahasa Melayu?
Sumber: Emel Yahoo.com

7/08/09

ANEKDOT 118 PPSMI+BAHASA BONDA


PPSMI bakal dimansuhkan pada 2012. Ketika ini pelajar sudah mula seronok berbahasa Inggeris. Bagaimana agaknya kalau subjek Kimia di ajar dalam bahasa bonda bukan bahasa ibunda...

Anda yang faham tolong terjemahkan. Boleh?


Lokasi - Kuala Pilah

Matapelajaran - Kimia


Assalamualaikum murid-murid,Aie ni che'gu nak ajor ekau smuo mengonai kostabilan lapan dan tontang bondo-bondo ado dalam Jaduai Berkalo.

Mulo-mulo ado kito dongan haidrojen, kocik nyo dio sobek hati dio ado satu bondo ajo kironyo dio itu sebuter ajolah. Kito tau kalo campor haidrojen dongan udaro dibuleh buat air itu, ekau jang amik duo haidrojen dongan satu udaro jadinyo air, tapi takdolah jadi air sirap ko apo.

Hondakkan buek ceghito dalam napaih kito pun ado haidrojen tu, tapi takdolah ditolan dek paru weh. Diambiknyo udaro dibuangnyo haidrojen balik macam kulit kacang la jang.

Tapi ini buek pengetahuan yo haidrojen tak adolah kak tompek yang mano udaro pun takdo, siapa tahu mano tu tompek yang suaro pun apaih takdok dongar nyo? Ahh ndak tau ekau jang itulah dio dikatonyo tompek yang hampogas. Hampogas kironyo tompek takdo langsung apo-apo gas dek bau langsung ilang tak nampak hapo kobondonya.

Ado pulak kalau kito tengok dokek tongah meja berkalo ni ado bondo panggilnyo silikon, bukan kek kon aiskrim ko apo tapi kironyo dio ni bahan separo pongalir. Letrik tak buleh la lalu dio macam bosi ko omaih ko atau tin ko apo ko tapi kalau dibueknyo dalam koadaan tortontu ionyo bulehlah melopehkan letrik untuk dibuek laluan maka atas sobab berkonaanlah ionyo dipanggil soparo pongalir.

Kironyo ado dio poie elektron ko sano dilopehkan kopado zaghah laie satu tu sobab dio nam mencapai kostabilan kolapan. Biasonyo dio ado ompek ajo tapi kalau hondak ditengokkan dari pandang hukum kuantom mungkin lain jadinyo lah sobek dalam kuantom ado pulak dipanggil faso tenago. Bukan bulih main lompek-lompek gitu yo dio mosti ado tenago nak melopehkan diri dari faso-faso tortontu.

Ahh ado pahang jang?

Soalan?

Nota hujung: Poning kepalo budak-budak den ni..
Sumber: Sinatra_Z Lipassepi

5/08/09

ANEKDOT 117...DIGITAL

DIGIT 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Seorang sahabat menelefon seorang sahabat yang lain. Ada orang terdengar perbualan antara dua sahabat tu...

“Hari Jumaat ni, hari paling istimewa”
“Jumaat kan penghulu hari. Semua orang dah tahu. Apa yang istimewa lagi?”

“Dulu, ingat tak tarikh 07.07.07? Hari istimewakan?
“Ya, gadisku ajak aku kawin.Tinggalkan zaman bujangku. Hebat ke tu?”

“Dulu, 08.08.08, ingat apa yang berlaku?”
“Tarikh kawin aku. Tapi kita ke tengah laut, naik bot nelayan, buang semua hantaran kawin. Sebab gadisku takut nak kawin”.

“Bagus...maknanya kau belum lagi gila.”
“Sekarang tengok jam digital kau tu...tunggu detik pukul 12, 34 minit dan 56 saat. Sila kunci jam kau. Tetapkan harinya pada 7 Ogos Tahun 2009”

“ Ok...pastu apa jadi?”

“Pada hari Jumaat ni ( 7 Ogos 2009) masa akan jadi seperti ini:

Masa: 12:34:56 07.08.09

Semua digit ada di situ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 - Semua ini tak akan berlaku sepanjang hayat kau lagi”

“Hmm...Jumaat yang hebat. Macam mana kau boleh terlintas perkara macam ni?”
"Hehehe...ada orang bagitau kat aku. Kau bagitau kat orang lain pulak..."

Noktah!

Nota hujung: Malam ni nisfu Syaaban...dah baca Yassin?
Sumber: Borak-borak tak ada kerja.

ANEKDOT 116...IPOH MALI

BOLING NUTP (31 JULAI-2 OGOS 09)

Bandaraya (sepatutnya Bandar raya) Ipoh telah lama tidak dikunjungi. Pada minggu lepas saya berpeluang untuk berkunjung ke bandar raya ini. Menariknya di Ipoh, biarpun telah banyak bangunan moden bertambah, intipati identiti Ipoh masih seperti dulu...walaupun
kedai kopi cina sudah berganti dengan kopitiam, charkoey teow makin mahal tetapi masih enak, rumah ur... berganti refleksologi dan banyak lah lagi.
Saya ke Ipoh untuk sama-sama menyertai sukanNUTP Kebangsaan - main boling! Tak mainpun sebenarnya- Pengurus pasukan boling NUTP Pahang.


Jom tengok gambar semasa di sana.


(pasukan wanita muncul sebagai JOHAN)


( ahli pasukan boling lelaki dan wanita NUTP Pahang)


(bersantai - urut Siam dan SUARASA TV9 di Dataran Bandaraya)


(Makan malam dan Penyampaian hadiah oleh Tim. Menteri)


(Limau Tambun - diumpan dengan jurujual yang menggetarkan perasaan)

ANEKDOT 115...CUTI KHINZIR (H1N1)

(dipaksa bercuti kerana kamu)

Satu minggu tak menjenguk ke sini. Blog anekdot terbiar lagi. Semuanya gara-gara pandemik yang berlaku pada minggu lepas. Semua warga SMART terkejut! Terkejut lalu diberi cuti mengejut...perasaan bercampur-baur. Ada yang seronok, tak kurang juga yang tertanya-tanya. Betul ke, ada jangkitan? Maka bercutilah kami...SELAMA 10 hari!

Sekarang adalah masa untuk menyiapkan semua perancangan yang tertangguh...

1. Menyiapkan penandaan kertas ujian yang bertimbun - 8 set.
2. Menyiapkan kertas soalan percubaan SPM
3. Sentuhan akhir majalah sekolah
4. Mengemaskinikan blog panitia BM
5. Mengemaskinikan blog sendiri
6. Memilihbuang harta benda terpakai di rumah.
dan lagi...
7. Perlu ke Ipoh untuk Sukan NUTP Kebangsaan


Nota hujung: Boleh ke buat semua ni ( n0 2 hingga 5 tidak dilakukan - streamyx down!)
Sumber: Sendiri fikir...