6/09/09

ANEKDOT 129...ANDAI KAUTAHU INI RAMADAN TERAKHIR


Ramadan ini banyak saya terima emel yang berunsur keIslaman terutama sekali tentang Ramadan. Saya ingin berkongsi sebahagian emel yang saya terima sepanjang bulan penuh hikmah dan barakah ini.
(jangan anggap blog ni dah lari tema dan konsep asal)

ANDAI KAUTAHU


Andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan kalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan denganbertarawih...berqiamullail...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik daripada seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong reda Ar-Rahman

Duhai Ilahi....

andai ini Ramadan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadan paling bererti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

"MARHABAN YAA RAMADAN "

Sumber: Emel daripada seorang sahabat

5 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Walaupun kita tidak tahu samada ini Ramadan kita yg terakhir, apa yg disebut itu sepatutnya kita amalkan. Tapi kerana kelemahan iman, kita sering lalai huhuhu

MUNSYI ragbar berkata...

YB...

Insya-Allah, kita yang sering ingat mengingati ini, tak lupa meneruskan amalan yang mendekatkan kita pada Allah.
Amin...

ckLah @xiiinam berkata...

...Ramadhan semakin menuju penghujung.....

Minggu depan ada majlis khatam Quran di sekolah...tapi perjalanan menyelusuri ayat demi ayat at Tanzil cklah ni masih jauh...

Ditolak pula dengan 'cuti' 7 hari pertama Ramadhan....kesan proses D&C seminggu sebelum puasa hari tu...

Errr...ya, D&C..kerana kandungan bermasaalah...itu sebenarnya yg terjadi pd ckLah!

Tengah dalam pantang ni...baca Quran pun hanya tafsirannya melalui perisian Quran Digital...dan ibadah terawikhku juga, tak sesempurna tahun lepas...

KTS berkata...

andai ini ramadan terakhir............... huhuhu...
maaf zahir batin...

.
.
.
.

bila nak berbuka sama??

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...

Ooh, baru kutahu penyakitnya...
Tak apa cklah...dah tentu ada hikmah tersembunyi yang lain disediakan oleh Allah utk cklah.

Mendengar bacaan AlQuran pun ada ganjarannya, insya-Allah.













Kts...

Bila? Dah siap ke manik-manik dijahit pada baju tempahan tu?
.
.
.
.
.
klu dah siap nnti kita g berbuka
Di Big Apple, bleh?

KTS...?