13/09/09

ANEKDOT 132...SAJAK: ENGKAU SUKA AKUPUN SUKA


ANTARA SUKA DAN DUKA

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
ke mana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka aku pun suka
tapai yang engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yang engkau suka, aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa
masa engkau suka aku pun suka
Tempe yang aku makan
jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka aku pun suka
pakai apa pun takpa
baju merah tudung biru pun tak apa
tudung kau senget aku kata takpa
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka aku pun suka
aku pakai apapun tak apa,
lupa pakai tali pinggang pun tak apa,
T- shirt koyak kat ketiak pun tak apa,
Lupa cukur misai pun tak apa,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yang punya
dua minggu terperap dalam bilik aja
sampai makan pun selalu terlupa
kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe
kau goreng untuk aku saja
bila anak dua lain pulak cerita

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yang engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya,
bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,

tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya
sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?...

Nota hujung: saja-saja nak melawak
Sumber: Lawakhangat

5 ulasan:

xiiinam berkata...

Cantik nombor plat itu....
Sudah tentu secantik cinta sang suami.....




Selamat Hari Raya...

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...

itu nombor plet orang yang terganggu
emosinya...
cantik hurufnya...buruk sebutannya...

Yunus Badawi berkata...

Dah jumpa org yg ko suka ke? Semoga kekal bahagia selamanya. Yg penting ko suka dan dia pun suka ngeh3x

Aku cuma mendoakan saja.

ku tak sempurna berkata...

suka.. suka.. suka... :D

tp den tak suka petai
tak suka tempe

DAN

TAK SUKA masak...

errr.. tapi den boleh cuba utk SUKA masak...

err.. malaysia boleh...

hikkssss :D


ekao suka ke tak???

MUNSYI ragbar berkata...

YB...

Mmg dh jumpa...tp
dia tak suko den...dia suko org lain...hiks!






KTS...
Den mmg fhm ekao tak suko masak...
Nanti kita guna bibit siam je...
masakan siam kan sodap!!!

Taklah luka jarijemari ekao nanti