19/09/09

ANEKDOT 133...MINTA AMPUN HARI RAYA

(terima kasih kepada pengirim kad)


Mata kadang-kadang salah melihat...
Mulut kadang-kadang salah bercakap...


Hati kadang-kadang salah menduga...
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada...


``` Mohon Maaf Zahir dan Batin ```



Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan,
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan


Berharap padi dalam lesung, cuma yang ada rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang n3 ku ini.


Sebelum cahaya kehidupan padam, sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, mohon maaf zahir dan batin...


Nota hujung: Selamat Meraikan Hari Lebaran dan terus 'berblogging'

6 ulasan:

xiiinam berkata...

Assalamualaikum....
Ragbar beraya kat rumah siapa?

Harap bergembira dengan adik beradik dan anak-anak buah.....

Tengah bakar lemang?
Rebus Ketupat?


Main bunga api?
He..he...


Anak-anak ckLah ni, malam-malam Raya masing-masing ngadap laptop/pc.....tak kratif macam ckLah dulu...main panjut dan meriam tanah...

MUNSYI ragbar berkata...

cklah...
Saya beraya bersama keluarga yg tak berapa besar.

Riuh jugalah rumah kakak dgn anak2 sedara.

Selalunya saya berkunjung ke rumah kawan2 selepas ke makam ibu dan solat raya...

ku tak sempurna berkata...

Tenggelamnya suria ratapi berakhirnya Ramadhan, hening mencekam songsong kesucian. Taqoballallohu minna wa minkum, maaf semua khilafku, mari kita minta ampunan-Nya.

Yunus Badawi berkata...

Bila nak buat n3 ttg raya di Kuantan tu? Tentu ada yg nak tahu dgn lebih lanjut hehehe

MUNSYI ragbar berkata...

kts...
Mcm mana nk tau Allah mengampunkan dosa-dosa kita?
Setiap hr minta ampun @ taubat dar-Nya...
(psst - serius tul ayat ekao kali ni)

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Raye saya di Kuantan mungkin sama juga di tempat lain...hidangan utk tetamu...
makan-makan-makan-makan-makan
raya 1: Ketupat rendang
raya 2: nasi ayam
raya 3: Mee calong dan makaroni
raya 4: Mee kari
raya 5: Biskut

itulah sebabnya tkde N3 ttg raya.
seronok bc kisah raya YB!!!