29/09/09

ANEKDOT 135...RAYA YANG MACAM-MACAM MAKNA SATU JE


Hari ini sudah 10 Syawal.

Bermakna kalau anda sambung berpuasa enam dan tamat, dua kali anda menyambut hari raya. Meriahlah hari raya anda apatah lagi hari raya sentiasa dinanti-nantikan oleh ramai orang. Banyak perkara dikaitkan dengan perkataan raya. Kamus pula menjelaskan R-A-Y-A- bermakna ‘besar’.
Cuba bayangkan penggunaan perkataan R-A-Y-A- dalam kebiasaan masyarakat kita kalau R-A-Y-A- bermaksud besar.

1. Kuih raya – kuih besar
2. Baju raya – baju besar
3. Duit raya – duit besar
4. Jamuan raya – jamuan besar
5. Kad raya – kad besar
6. Lagu raya – lagu besar
7. Kasut raya – kasut besar
8. Balik raya – balik besar
9. Jualan raya – jualan besar

Juga perkataan ini...

10. Jalan raya – jalan besar
11. Lebuh raya – lebuh besar
12. Bunga raya – bunga besar
13. Hantu raya – hantu besar

...dan ini dia lagu raya Jalil Hamid

Bila Sebut Pasal Raya
Semua Ingat Hari Raya
Tapi Jangan Pulak Kita Lupa
Ada Seribu Satu Kata
Berkait Dengan Raya
Selain Hari Raya

Tak Kira Apa Bangsa
Orang Melayu Orang Cina
Orang Putih Atau Orang India
Orang Timur Orang Barat
Di Seluruh Dunia
Ada Hari Raya

Kalau Banyak Harta Benda
Orang itu Kaya Raya
Kalau Tempat Lalu Kereta
Itulah JalanRaya

Hentian Bas Ibu Kota
itu Di PuduRaya
Di Tengah Bandar Raya

Kalau Banyak JalanRaya
Dipanggil LebuhRaya
Bunga Lambang Negara
Namanya Bunga Raya

Tukang Menyelenggara
Mengawas Harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira Kita Di Hari Raya
Makan Kenduri Di BalaiRaya
Kalau Kita Malas Nak Puasa
Kita Sama Macam Hantu Raya

Selamat Hari Raya
Selamatlah BeRaya
Nota hujung: Cukup-cukuplah berhari raya - jom kita kerja pulak!!!
Sumber: Ceritera Hari Rayaku

5 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Saya baru mula nak puasa 6 semalam. Jadi hari ni baru hari ke2.

Awak dah raya ke?

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Puasa 6. masih belum cukup...tunggu hujung minggu baru berhari raya kali kedua.

ku tak sempurna berkata...

kalau KONGSI RAYA.... maknanya KONGSI BESAR...

hurrmmmmmm... kongsi apa yg besar??
mcm takde makna plak kan...


.
.
.


teringin nak makan donat RAYA... :D

xiiinam berkata...

...tamat sudah raya ckLah.....
Minggu ni 'all out' dengan budak 2 tingkatan 3....seminggu saja lagi tinggal!

MUNSYI ragbar berkata...

KTS...
Ada, ada,memang ada donut raya @donut besar...tp untuk display je. Keras nak makan. Nak jugak?

Kenalah panjat kat atas bumbung tu...










ckLah

Ni betul-betul jiwa cgu...

Hari raya pun teringat nak pandaikan anak orang yang dah jadi macam anak kita.

Saya pun baru habis analisis percubaan SPM. Mujurlah tak tersasar sasaran untuk semua A.

Amin...