9/10/09

ANEKDOT 138...WAH, MERIAHNYA BAHASAKU!!!

(keserabutan bahasa tanda)


BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA

Seperti bangsanya bahasa Melayu amat mesra dengan alam dan persekitarannya. Sebagai bahasa yang sentiasa 'bernyawa' bahasa Melayu mengalami perubahan demi perubahan. Adalanya bahasa ini menimbulkan lelucon yang menarik, adakalanya juga bahasa Melayu berubah mengikut watak penuturnya.

Lihatlah perubahan dalam percakapan Melayu hari ini...

Bahagian A : Cara percakapan semasa zaman di-Raja.

Bahagian B : Zaman sekarang dan

Bahagian C : Cara perbualan remaja zaman sekarang.

1.

(A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
(C) Wa cakap sama lu ...lu kalau mao kropok dia...lu kropok jangan kasi lebam beb!

2.

(A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.
(B) Kurang ajar sungguh awak nie
(C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Babi punyer budak!

3

(A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba.. akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
(B) Cinta aku belum lagi berbalas...berilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hati mu.
(C) Beb....wa takmau jiwang-jiwang sama lu...tapi wa sudah cinta rabak sama lu...wa takut wa takleh tahan.

4

(A) Seyogia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan Syawal ialah esok...dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
(B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!

5

(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekalian ke majlis keramaian itu kelak.
(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu...boleh tak?
(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau...aku pun nak ikot.

6.

(A)Barangsiapa yang telah tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran... maka..atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
(B) Siapa yg berbuat jahat akan dihukum
(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takda....jangan memain ngan aku hah!

7.

(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri
(B) Dia sungguh hebat sekali
(C) Mak kao! Pawer siol!


Nota hujung: Bagaimana laras bahasa pada masa hadapan pulak, agaknya.
Sumber: Artikel ini cuplikan daripada 'Corat-coret tentang bahasa

6 ulasan:

xiiinam berkata...

Cikgu....
Itu belum masuk bab ejaan semasa menulis. Tak kiralah lewat SMS, FaceBook atau Blog....

Kekadang rasa nak menangis melihatnya...
Penat ku ajar di kelas...


**Tambah sedih kalau penulisnya adalah golongan yang telah dewasa...

ku tak sempurna berkata...

hamba masih bercakap menggunakan bahasa istana...


errr... praktis...
senang nanti klu dpt masuk istana brunei..

.
.

tp klu tak dpt masuk istana brunei tu, dpt masuk istana ekao pun den sgt berbesar hati...
boleh?? :D

MUNSYI ragbar berkata...

cKlah..
Memang begitulah pengguna bahasaku.
Sungguh mesra.

Pelajar yg menggunakan bahasa SMS, facebook, dan blog untuk P & P dah saya denda menulis semula keseluruhannya. Hasilnya - dah tak ada yang berani buat lagi!

Mujur juga mereka ni cepat mendengar kata.

MUNSYI ragbar berkata...

KTS...

Istana den kocik - sesuailah kot. Selalu berhimpitanlah kita - bahagia!
Taklah susah nanti nak mengemas - bukan ekao yang mengemas, maid kitalah. heheheh!

KTS? sanggup?

MUNSYI ragbar berkata...

KTS...

Istana den kocik - sesuailah kot. Selalu berhimpitanlah kita - bahagia!
Taklah susah nanti nak mengemas - bukan ekao yang mengemas, maid kitalah. heheheh!

KTS? sanggup?

MUNSYI ragbar berkata...

KTS...

Istana den kocik - sesuailah kot. Selalu berhimpitanlah kita - bahagia!
Taklah susah nanti nak mengemas - bukan ekao yang mengemas, maid kitalah. heheheh!

KTS? sanggup?