2/10/09

ANEKDOT 137...SATU KETIKA DI RUMAH TERBUKA (selepas Hari Raya) 2


BABAK DUA:

DUIT RAYA

C: Inilah satu benda lagi yang aku tak berkenan.
D: Apa pulaknya...?
C: Bagi duit raya...
D: Ini kan amalan yang baik. Bersedekah!!!

C: Niat memang murni pada awalnya. Tapi, dah jadi lain pula sekarang.
D: Kita sedang melatih anak-anak kita menjadi peminta-minta.
C: Kenapa kau kata begitu?
D: Budak-budak sekarang bukan datang beraya nak merapatkan silaturrahim.
Tapi nak minta duit raya.

C: Pemberian duit tu kan menceriakan hari raya.
D: Bukan hari raya yang ceria, budak-budak tu. Makan dihidang- disuruh makan tak mau, disuruh minum tak mau. Dah tu, nak apa? “Nak duit raya bang....”
Membazir makanan aku.
C: Habis tu, kau bagi tak?

D: Demi menjaga harga diri, aku bagilah. Tapi ada jugak yang kaki komplen
– “ala singgit? Kedekutla abang ni...”
Mau aku tak hangin...
C: Apa kau nak buat kes duit raya ni?
D: Tahun depan aku nak batalkan pemberian duit raya. Nak bagi gula-gula je...Hmm, boleh kan? Lagipun duit raya ni, kan budaya orang lain.

Nota hujung: Nak duit raya, datanglah ke rumah.
Sumber: Sembang-sembang raya.

11 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Kalau aku dtg rumah ko dgn kawan kita yg sorang tu kami boleh dapat duit raya tak?

Sekurang2nya boleh cover duit minyak dan duit tol sikit hehehe

ku tak sempurna berkata...

nak duit raya datang rumah??


klu den dtg skrg, ada lg ke duit raya??

:)

setahun sekali menggembirakan budak2, apa salahnya....

Yunus Badawi berkata...

Salam. Nape ulasan saya semalam tak keluar? Maaf kalau tak memenuhi kriteria....

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Nak datang, boleh aja. Kiranya beraya kat kedai jer...
bawalah soang lagi tu...sape???




KTS...
Kalau ekao...datanglah bila-bila den bagi duit rayo.
Eik, yang bagi dulu tu kira sebagai sedekah je lah




YB lagi...

Beberapa hari lepas kat sini ada masalah broadband
maafle...

Yunus Badawi berkata...

Sapa lagi yg ada kat sini? Kan kita 3 org aje!

Ko benarkan kalau aku bawa dia pergi jumpa ko kat Kuantan? Aku kerap juga pergi sana atas urusan kerja. Kalau ko benarkan setidak2nya aku ada juga kawan bercerita sepanjang perjalanan.

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Nak bawa sapa ni?
Bawalah sapa saja - yang penting tuan punya diri setuju...

Yunus Badawi berkata...

ko tolonglah tanya kat dia samada dia setuju ke tidak. Jgn ko yg tak bagi sudahlah hehehe

Aku sekadar nak tolong kalau dia nak tumpang masa aku ke Kuantan.

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Wah, baiknya YB...("baik ade mane tu..." kata PRamlee).

Yunus Badawi berkata...

tak jadilah nak buat baik sbb takut ko salah sangka huhuhu

MUNSYI ragbar berkata...

YB..

Hehehe...
Nak buat baik tak perlu takut...
Akupun setuju kalau YB nak tolong bawakan...ewah!

Yunus Badawi berkata...

Yg punya diri suruh saya tanya awak dulu. Kalau awak bagi baru dia berani nak ikut saya!

Jadi awak bagi tak dia ikut saya ke Kuantan?