19/01/10

ANEKDOT 146...APA PELIKNYA GAMBAR INI...?

DINDING, TIANG, TIANG, TIANG DAN KERUSI RODA

Setelah selesai mengerjakan ibadah haji, saya masih ada 21 hari tempoh untuk terus berada di Tanah Suci. Kebiasaannya, jemaah haji berada selama 44 hari di Tanah Suci tetapi saya mendapat tambahan 11 hari lagi menjadikannya 55 hari. Masa terluang yang banyak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya - di sini tidak ada kerja lain selain beribadah.

Walaupun begitu saya dikejutkan juga dengan beberapa perlakuan pelik (dari pandangan saya), malahan hampir kepada perlakuan khurafat yang dilihat di kawasan masjid.


1. DINDING KAABAH/PINTU KAABAH

Di sini ramai jemaah (bukan dari Malaysia) yang berdoa dan bertaubat sambil melekapkan badan mereka ke dinding Kaabah. Mereka meratap dan menangis memohon keampunan daripada Ilahi. Ada sebahagian daripada mereka yang menyapu kopiah dan serban ke dinding kemudian menciumnya.
Sering kali juga perlakuan mereka ini diperhati oleh oleh pihak berkuasa yang bertugas - hinggakan kopiah dan serban itu dirampas.



2. TIANG BURAQ


Tiang ini menarik perhatian saya apabila sering kali melihat jemaah dari Pakistan memeluk dan menciumnya sambil membaca buku doa. Setelah beberapa kali melihat perlakuan mereka saya mula bertanya sebabnya.
Jawapannya - inilah tiang buraq, tempat Nabi Muhammad s.a.w. menambat buraq setelah pulang dari Israq dan mikraj.
Soalnya...adakah buraq itu sejenis haiwan/burung dan perlu ditambat?



3. TIANG JIN

Tiga tiang berwarna hitam sederet ini dikatakan tiang asal Masjidil Haram. Di tiang inilah jin diikat ketika Rasullullah s.a.w. berdebat dengan jin tentang ketauhidan terhadap Allah. Akhirnya jin mengakui kekuasaan Allah lalu sujud menyembah Allah.


Salah satu tiang jin dari dekat.
(seorang sahabat berbisik kepada saya di sinilah tempat orang mengambil toyol)
Masya-Allah - mengapa? mengapa? mengapa?

4. KERUSI RODA


Timbunan kerusi roda ini sengaja dilonggokkan oleh petugas Masjidil Haram di sini. Kerusi roda ini milik para jemaah yang kurang upaya. Kebanyakannya diambil ketika mereka sedang kusyuk mengerjakan ibadah. Tidak tahu alasannya kerusi ini dirampas sedangkan pihak berkuasa tiada halangan jika para jemaah mahu mengambilnya untuk digunakan.

Nota hujung: Semua tiang ini berada di dalam Masjidil Haram.
Sumber: Perbualan dengan para jemaah, terutama dari Pakistan ( harap maaf sekiranya kenyataan di atas tidak benar)

10 ulasan:

Nurul Nadiah berkata...

Salam,
mak ayah nadia pun ada gambar2 ni. Entah2 ada berselisih bahu dengan mak ayah nadia kat sana dak?

MUNSYI ragbar berkata...

Nadia...
Mungkin juga...tp gambar ini dr kamera saya sendiri.

Kalau ayah Yuna tinggal di Maktab 80, tentu selalu saya bertembung.

Kecil kan dunia ni?

Yunus Badawi berkata...

Salam ragbar.
takde toyol yg ikut balik malaysia ke? hehehe

MUNSYI ragbar berkata...

YB...
Ngapa tak cakap nak....heheheh
Tak berani saya nak cari toyol.

Tak terlintas pun nak cari

Nurul Nadiah berkata...

tu la. kecik betul. nanti nadia tanya ayah maktab berapa =)

KTS berkata...

mak aiiihhhh..

byknya kerusi roda... dah macam kilang kerusi roda pula...
camane dgn org yg dirampas kerusi roda tu??
kesiannyaa...


haaaaaiihhhh... mcm2...

KTS berkata...

betul ke toyol warna hijau??

err... oh... bukan awak yg ambil toyol tu kan..
silap tanya..

hikkssss

ckLah @xiiinam berkata...

Kenapa saya sayu melihat timbunan kerusi roda itu....




Meskipun hanya sedikit kapsyen tentang gambar itu...tetapi fikiran saya merawang jauh...teringat beberapa teman yang menjadi teman setia kerusi seperti itu...

Yunus Badawi berkata...

Salam ragbar.

Saya tak ingin nak bela toyol tu tapi kts mcm berminat aje terutama yg hijau hehehe

ammieer berkata...

maaf...jgn kata perbuatan melekap di dinding kaabah itu x baik.. itu adalah sunnah nabi saw, untuk melekap dan berdoa d multazam. iaitu suatu tmpat antara hajarul aswad dan pintu kaabah... waalllahu a'lam