17/01/10

ANEKDOT 144...THE OTHER SIDE OF NABAWI

WARNA-WARNI DI SEBALIK KOTA MADINAH

Berkunjung ke Madinah semasa dalam perjalanan mengerjakan haji menarik saya untuk melihat kunjungan itu daripada perspektif yang berbeza. Banyak peristiwa menarik yang dapat dilihat yang dialami sepanjang sembilan hari berada di Kota Madinah terutama di sekitar Masjid Nabawi dan kawasan berhampiran. Kunjungan yang bukan sahaja untuk tujuan beribadah telah menarik jutaan jemaah - mereka datang dari negara yang berbeza, membawa sama budaya yang berbeza, perlakuan yang berbeza - yang adakalanya agak pelik berbanding amalan kita.
Seorang jemaah dari Indonesia berkata kepada saya, " Bapak lihat...rona pakaian mereka lain, perlakuan mereka berbeda, pertuturan mereka amat ketara sekali berbeda - tapi cuba lihat ketika solat - cara ruku' dan sujud mereka sama, dan yan pastinya kiblat kita sama. Kita jangan lihat perbedaan antara kita, tapi lihat persamaan kita. Jelas Allah hanya satu dan untuk umat Islam."


pembawa bendera dari satu daerah di Indonesia

jemaah muslimah dari negara Afrika

berteduh di luar masjid

jemaah dari negara China - katanya kaum Uighur - sedang solat sunat

warna sedondon untuk keseragaman

takut mahu berpisah

ada jatidiri yang kuat

menunggu giliran untuk ke makam Baqe'

berkumpul menanti jemaah dari negara yang sama

pulang daripada solat sunat

kaum wanita Uighur negara China

wanita Pakistan setia dengan warna hitam

jemaah Indonesia mendengar taklimat

jemaah Afrika beratur mendapatkan rawatan di klinik Masjid Nabawi

Seorang Jemaah Malaysia baru turun berdoa di Jabal Rahmat...heheheh!!!

Nota hujung: Warna dan pakaian yang sama untuk mudah dikenali kerana ramai yang sesat.
Sumber: Album sendirilaa...

9 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

.....Alhamdulillah cikgu telah selamat menjalani rukun itu...


Menarik fokus cerita cikgu...jarang jemaah memberi tumpuan kepada cerita begini, kebanyakannya sama saja cerita yang di bawa balik..


....ckLah masih menunggu giliran.

MUNSYI ragbar berkata...

CkLah...
Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini.

Ada beberapa catatan lagi yang akan menyusul...jangan serik berkunjung.

Semoga giliran ckLah akan sampai - mengerjakan haji. Insya Allah..

ckLah @xiiinam berkata...

InsyaAllah...biasanya ckLah akan berkunjung balas melalu URL Blog yang mencatat di kotak komen xiiinam sahaja....kerana blog xiiinam memang tidak ada bloglist!

....tapi disebabkan dah lama tak nampak kelibat cikgu, ckLah datanglah ke sini..


:)

KTS berkata...

kacaknya jemaah malaysia tu... boleh berkenalan... hik hik hik.....

OPOCOT!!

lari topik eh... ok... :P

errr... apa yg jejaka tu doakan di bukit tu...


errr.. OPOCOT!!

lari topik lagi eh... hik hik hik... terkejut tgk gmbr last tu sbnrnya ;D ;D ;D

KTS berkata...

meriahnya... semua warna ada... tak sangka pula...

lain padang lain belalang kaaannn....

hurrrmmmm
.
.
.

warna putih jg yg menarik hati ni.... errr... bila nak bg bj putih??

opocot!!

tak lari topik kaaann... hikksssssss

:P

MUNSYI ragbar berkata...

KTS...
Jejaka perasan ni meminta saya merakam gambarnya - sebagai bukti dia berada di Jabal Rahmah sebanyak 2 kali.
Kali pertama berdoa untuk diri sendiri, kali kedua untuk rakan bloggernya .

Baiknya diaaaaa...

kts...?

MUNSYI ragbar berkata...

KTS...
Jejaka perasan ni meminta saya merakam gambarnya - sebagai bukti dia berada di Jabal Rahmah sebanyak 2 kali.
Kali pertama berdoa untuk diri sendiri, kali kedua untuk rakan bloggernya .

Baiknya diaaaaa...

kts...?

balqis zulkifle berkata...

menarik ~!

-balqis

MUNSYI ragbar berkata...

balqis...
Cuti panjang ni, dh buat apa?
Produktif tak?