24/05/10

ANEKDOT 159: BAHASA DIAM TANDA SETUJU...?


BAHASA DIAM – MOGOK SUARA

Dia mundar- mandir di hadapanku. Raut wajahnya resah – mungkin sedang berfikir. Sesekali aku melihat tingkahnya yang tidak duduk diam. Bagai kucing keresahan mencari tempat empuk untuk beranak. Keresahannya menggangguku.

“Duduk, duduk di sini,” kataku.
Diam.

“Duduk, saya rimas dengan situasi ini,” jelasku
Dia diam.

“Duduk, kamu mengganggu saya,” ulangku lagi.
Dia masih diam.
Aku turut diam.

Tiba-tiba saja dia duduk. Di atas kerusi empuk, betul-betul di hadapanku dia duduk.
“Ceritakan kepada saya, apa sebenarnya,” pintaku.
Dia masih terus-terusan diam.

“Saya sedia mendengar, apa-apa saja yang terbuku di hati,” aku memujuk.
Dia tetap dengan aksi diamnya.
Aku turut diam, menanti reaksi daripadanya.

Lama. Dia diam aku keresahan. Dia masih diam - aku kebingungan!

“Hari ini hari diam. Bahasa diam. Saya mahu mogok suara.” Tiba-tiba dia bersuara.
“Hah?!” balasku.
“Diam anak dara tanda setuju,” balasnya dan terus berlalu.
Hatiku berbunga-bunga.

Nota hujung: Luahkan perasaan tu...!!!
Sumber: Cerita pada suatu hari

3 ulasan:

Ku Tak Sempurna berkata...

den nak mogok suara gak hari ni

.
.


mmmmm...


** DIAM **
tanda cemburu


eh bukan..


** DIAM **
tanda keliru


eh..

** DIAM **
tanda apa-apa ajela


yg penting DIAM itu emas.. mari pilih emas :D

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...
reaksi kao tu, tandanya...
ekao manusia...
ado perasaan...
ado hati...

ado hati emas...
tp
selagi kao diam
camno den nk ambik emas tu...?

penjejak maya berkata...

salam ziarah ke sini..