20/05/10

ANEKDOT 158: BAHASA CEMBURU KEKASIH ZAMAN INI

SUSAHNYA NAK FAHAM BAHASA CEMBURU NI...



(Beginilah agaknya kata-kata di mulutnya)


* Dia beli kasut baru hampir setiap bulan dia cakap sebab dia nak sentiasa up to date, tapi kalau saya beli kasut baru pasal kasut lama saya dah koyak dia cakap saya nak mengorat awek lain.

* Kalau dia puji Tom Cruise tu handsome dia cakap sebab dia memang peminat setia, tapi kalau saya puji Siti Nurhaliza tu cantik dia cakap saya suka membanding-bandingkan dia dengan perempuan lain.

* Kalau dia tak telefon saya seminggu dia cakap itu tak bermakna dia tak rindu saya, tapi kalau saya tak telefon dia selang dua hari dia cakap saya dah curang.

* Kalau dia senyum kat lelaki lain dia cakap dia memang seorang yang murah dengan senyuman, tapi kalau saya senyum dekat perempuan lain dia cakap saya nak mengorat ler tu.

* Kalau dia lewat dia cakap sebab jalan jem, tapi kalau saya lewat dia cakap mesti saya nak beri alasan jalan jem.

* Dia selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti ada "give and take" tapi kalau sesekali saya suruh dia bayar lunch, dinner atau tiket wayang mesti dia cakap saya ni tak gentleman, last-last saya jugak yang kena bayar.
Nota hujung: Saja-saja buat renungan
Sumber: Emel kawan-kawan.

5 ulasan:

xiiinam berkata...

...ada bakat jadi queen control tu. Hi hi

MUNSYI ragbar berkata...

ckLah...

Queen control? seram lelaki dibuat begitu.

Jom, cari remote control pulak.

Ku Tak Sempurna berkata...

tu namanya bahasa 'sayang' bukan bahasa cemburu


.
.
HIDUP WANITA!! yeaaaaaa :P

.
.



org kata, klu kuat berpeluh kat atas hidung, maknanya org tu kuat cemburu...

errr... atas hidung den kering... ekao??

hikkkssssss

MUNSYI ragbar berkata...

ktsku...

Den memang suka buat ekao cemburu...!
tp...
jgn ekao buat den cemburu lak...tak macho!!!

NASSURY IBRAHIM berkata...

AWAS, CEMBURU PUNYA PASAL,
Ada orang kena penumbuk bini, tahun lepas, koma sampai hari ini.